Link Copiedcheck_circle
EV

Jadi Yang Terawal Beli EV 100% Nasional, Perodua QV-E Di 9 Pusat Jualan Ini

Sofea Najmi

Kongsi melalui

591507334_1228730675952959_1227349608135193117_n.jpg


Hari ini secara rasminya Perodua telah memperkenalkan kenderaan elektrik bateri (BEV) pertamanya, dikenali sebagai QV-E (cara sebutan: Que-Vee). Projek pembangunan EV ini mengambil masa selama 28 bulan dan dibangunkan di Smart Mobility Plant (kilang mobiliti pintar) baharu milik Perodua. Pelancaran ini adalah sebahagian daripada misi syarikat untuk membentuk ekosistem EV Malaysia di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030). 


Pencapaian besar sebagai pengeluar EV 100% nasional ini bagaimanapun dimulakan dengan infrastruktur sokongan secara ‘kecil-kecilan’ buat masa ini. Perodua hanya melantik sembilan daripada lebih 200 cawangan pengedaran jenamanya di seluruh Semenanjung Malaysia. Tiada pusat sokongan rasmi dibuka di Sabah dan Sarawak buat ketika ini.


Di Manakah Lokasi 9 Pusat Jualan dan Servis EV Perodua Yang Sah?


Caricarz-TA-Perodua-QV-E-Launch-5.jpg


Sembilan cawangan Perodua Sales Sdn Bhd (PSSB) dipilih secara strategik di serata Semenanjung untuk menyokong operasi jualan dan selepas jualan awal QV-E:


Screenshot-2025-12-04-at-00.35.23.png


Adakah Perodua Akan Membuat Penambahan Cawangan Pusat Jualan & Servis EV? 


Perodua memaklumkan bahawa pengeluaran bulanan QV-E akan ditingkatkan daripada 500 unit sebulan pada masa ini kepada 3,000 unit menjelang suku ketiga 2026.


Seiring dengan peningkatan pengeluaran ini, rangkaian pengedaran EV dijangka akan diperluaskan lagi. Menurut maklumat yang diperolehi, usaha pengembangan ini akan turut melibatkan Sabah dan Sarawak. 


Sekiranya segalanya berjalan dengan lancar, pembangunan ini dijangka boleh dimulakan seawal suku pertama tahun 2026, sebaik sahaja fasa permulaan berjaya distabilkan sepenuhnya. Ini selari dengan strategi pembangunan berperingkat yang diambil Perodua.


Info Ringkas Perodua QV-E 


web_TA_CariCarz_2026-Perodua-QV-E_Preview_SIC_-30.jpgweb_TA_CariCarz_2026-Perodua-QV-E_Preview_SIC_-39.jpg


Perodua QV-E dilancarkan pada harga permulaan RM80,000. Model ini menggunakan bateri LFP 52.5 kWj yang ditawarkan melalui pakej langganan Bateri sebagai Perkhidmatan atau Battery-as-a-Service (BaaS) pada kadar RM275 sebulan.


Model ini dilengkapi pelbagai ciri keselamatan canggih Perodua, termasuk sistem pengesanan kehadiran kanak-kanak yang mampu mengenal pasti pergerakan dan tanda-tanda penting di kabin belakang.

Tag:

Perodua
Perodua QV-E
Perodua EV
Pusat Jualan & Servis Perodua QV-E
EV Nasional
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto
Tips

Proton e.MAS 5 Atau Perodua Myvi: Jangan Pening Pilih Kereta, Ini Kira-Kira Padu Untuk Kos 5 Tahun

Jangan Pening Pilih Kereta! Myvi vs Proton e.MAS 5: Mana Satu Yang Tak 'Makan' Gaji Anda Selepas 5 Tahun?

08-03-2026
Tips

Berapa Kali Tekan Push Start Button? Ini Penjelasan PERODUA

Perodua tampil memberi penjelasan mengenai cara menekan Push Start Button dengan betul.

25-02-2026
Berita Auto

Kumpulan Pantai Bahru Kukuhkan Kedudukan Dengan Lancar Bilik Pameran Perodua

Kumpulan Pantai Bharu terus memperkukuh kehadirannya dalam industri automotif dengan melancarkan Era Baharu Perodua 3S Pantai Bharu sempena pembukaan rasmi bilik pameran dan pusat servis terbaharunya di Batu 1, Jalan Meru di Klang, baru-baru ini.

20-02-2026
EV

Berapakah Jumlah Tempahan Perodua QV-E? Ini Jawapan Bos Besar Perodua!

Ini dia jumlah tempahan Perodua QV-E setakat ini.

05-02-2026
Berita Auto

Perodua Paling Laku Dalam Malaysia, Jangka Jualan Cecah 820,000 Unit Untuk 2025

Perodua menjangka jumlah keseluruhan industri (TIV) akan mencecah 820,000 bagi tahun 2025.

13-01-2026
EV

Jangan Terkejut EV Proton, Perodua Bakal Kuasai Pasaran BEV Tahun Ini

Jenama automotif nasional dijangka menguasai bahagian pasaran kenderaan elektrik bateri (BEV) yang lebih besar bermula tahun ini.

09-01-2026

Berita Terkini

EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV

Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.

13-03-2026
EV

Tak Cukup Tanah Nak Deliver! Sebab Terlalu Laku, Proton e.MAS 5 Lanjut Lagi Rebat RM500 Tanda Terima Kasih

Proton e.MAS 5 meraiakn pencapaian 5,000 Unit dengan dengan melanjutkan rebat Raya istimewa sebanyak RM500 bagi semua tempahan yang dibuat antara 31 Oktober 2025 hingga 23 Mac 2026.

11-03-2026
EV

Tak Sempat Habis Kopi, Bateri Dah 60%! Gentari Lancar Pengecas 200kW Di Penchala Link

Pengguna Kenderaan Elektrik (EV) boleh menarik nafas lega kerana anda tidak perlu menunggu berjam-jam untuk mengecas kenderaan elektrik (EV) memandangkan Gentari dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah melancarkan hab pengecas kenderaan elektrik (EV) antara bandar berkelajuan tinggi

06-03-2026
EV

3,500 Tempahan Dalam 45 Hari! Apa 'Saka' Proton e.MAS 7 PHEV Sampai Laku Keras Macam Pisang Goreng?

Luar Biasa! 3,500 Orang Dah 'Sambar' Proton e.MAS 7 PHEV, Adakah Ini SUV Paling Berbaloi 2026?

06-03-2026