Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jalin Kerjasama: PRO-NET, Alibaba Cloud Untuk Pacu Transformasi Digital

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

PRO-NET menjalinkan kerjasama dengan Alibaba Cloud, rangkaian teknologi digital dan kepintaran buatan Alibaba Group, untuk memacu agenda transformasi digital di negara ini.

Kerjasama ini menekankan komitmen PRO-NET dalam memanfaatkan infrastruktur awan canggih bagi memacu masa depan mobiliti lestari di Malaysia.

image.png

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, Alibaba Cloud telah menjadi rakan utama PRO-NET, dan sokongan mereka dalam membina asas berfokuskan awan amat penting dalam memajukan ekosistem mobiliti tenaga baru Malaysia. 

"Apabila kita melangkah ke fasa seterusnya dengan AI, kerjasama ini akan membolehkan kita mendapatkan pandangan lebih mendalam, meningkatkan pengalaman pelanggan, dan mempercepatkan visi kita untuk membentuk masa depan mobiliti yang lebih pintar bagi Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Menerusi kerjasama itu, kedua-dua syarikat kini memajukan keupayaan AI melalui Model Studio Alibaba Cloud untuk membangunkan chatbot dalaman PRO-NET, dengan rancangan untuk berkembang ke aplikasi pelanggan dan sistem infotainmen kenderaan masa depan.

Selain itu, kedua-dua pihak juga akan  meneroka peluang AI yang lebih luas, merangkumi Qwen dan Platform for AI (PAI), menjadikan PRO-NET mampu memanfaatkan alat AI terkini untuk meningkatkan kecekapan operasi, pengalaman pelanggan, dan inovasi dalam mobiliti elektrik.


Gallery

Tag:

PRO-NET Alibaba CLoud
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026