- Berita
- Berita Auto
- JPJ Selangor Terima 27 Alat Perakam Badan, Diguna Untuk Bahagian Penguatkuasaan, Petugas Di Kaunter
JPJ Selangor Terima 27 Alat Perakam Badan, Diguna Untuk Bahagian Penguatkuasaan, Petugas Di Kaunter

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor sudah menerima kira-kira 27 unit alat perakam badan (BWC) yang akan digunakan petugas di barisan hadapan.
Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, peranti BWC itu akan diberi keutamaan bagi penugasan Bahagian Penguatkuasa dan petugas di kaunter.
"Penggunaan BWC ini penting kerana ia bukan sahaja untuk kebaikan orang awam malah turut dapat melindungi petugas di lapangan.

"Kebolehan meneliti semula rakaman kejadian menerusi BWC akan dapat mengurangkan pertikaian dakwaan tidak berasas dan potensi salah laku, pada masa sama meningkatkan integriti," katanya kepada Harian Metro.
Sebelum itu Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilapor berkata, penggunaan BWC bermula November membabitkan pegawai penguat kuasa JPJ bagi memperkukuh keberkesanan penguatkuasaan serta meningkatkan integriti dan ketelusan perkhidmatan awam.
Katanya, sebanyak 100 unit BWC akan digunakan pegawai penguat kuasa JPJ, membabitkan ibu pejabat dan JPJ negeri dengan peruntukan RM2.3 juta.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

