Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Orang KL Tak Patuh Undang-Undang Jalan Raya, Lebih 313, 529 Saman Dikeluarkan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sebanyak 313,529 pelbagai jenis saman dikeluarkan sepanjang  dua bulan Ops Patuh Undang-Undang (PUU) dilaksanakan di kawasan tumpuan seluruh ibu negara.

Ini menunjukkan ahap pematuhan peraturan lalu lintas dalam kalangan pengguna jalan raya di ibu negara amat  membimbangkan.

image.png

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, jumlah itu meningkat ketara walaupun pihak polis telah melaksanakan tempoh advokasi selama sebulan sebelum penguatkuasaan penuh dijalankan.


"Ini yang saya rasa amat mengecewakan kita, daripada tempoh advokasi selama sebulan dan kempen berterusan diberikan, pengawasan secara agresif dilaksanakan oleh semua polis di Kuala Lumpur ini terhadap kawasan hotspot.


"Apa yang berlaku, masyarakat masih lagi melanggar dan tidak patuh kepada peraturan sekecil-kecil peraturan lalu lintas," katanya pada sidang media pada Majlis Hi-Tea dan Apresiasi Media Bersama KP KL, di sini, hari ini.



Menurutnya, 313,529 saman membabitkan 311,116 saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan selebihnya daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).


Katanya, kesalahan menghalang lalu lintas mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 200,079 saman, abai isyarat lalu-lintas (79,795), tiada atau lesen memandu tamat tempoh (8,281), tiada cukai jalan (4,847) dan lain-lain kesalahan.


Gallery

Tag:

Operation Patuh Undang-Undang (Ops PUU)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026