Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pelarasan Harga Pas Perjalanan Rapid KL Mulai 1 Januari 2026

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Perhatian!

Harga beberapa pas perjalanan Rapid KL akan diselaraskan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

Prasarana Malaysia Bhd (PRASARANA) berkata,  pelarasan itu adalah yang pertama sejak 2009, mengambil kira peningkatan kos operasi dan penyelenggaraan dari tahun ke tahun.

"Sebagai sebahagian daripada penambahbaikan tawaran produk, PRASARANA turut memperkenalkan Rapid Bulanan, iaitu pas 30 hari baharu yang menawarkan perjalanan tanpa had merangkumi perkhidmatan rel dan bas Rapid KL pada harga RM150 untuk warganegara dan bukan warganegara Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Bagi pas Rapid Kota yang khusus untuk warganegara Malaysia, harga baharu ditetapkan pada RM10 bagi Pas Satu Hari dan RM25 bagi Pas Tiga Hari, manakala Pas 2 Hari tidak lagi ditawarkan.

Rapid Kembara pula akan dijual pada harga baharu RM25 bagi Pas Satu Hari dan RM55 bagi Pas Tiga Hari mulai tarikh sama, dengan Pas Dua Hari turut tidak lagi ditawarkan, manakala bagi Rapid Keluarga yang khusus untuk warganegara Malaysia, ditetapkan pada harga baharu, RM30.

image.png

Menurut PRASARANA, diskaun kad konsesi Rapid Pelajar hanya terpakai kepada pelajar warganegara Malaysia, manakala bagi pengguna pelajar bukan warganegara dengan pas sedia ada, diskaun 50 peratus kekal sah sehingga pas tamat tempoh atau pada 31 Disember 2026, mengikut mana-mana yang lebih awal.

Selain itu, permohonan baharu Rapid Pelajar mulai 1 Januari 2026 adalah terhad kepada pelajar warganegara Malaysia sahaja.

PRASARANA turut menegaskan My50 serta kad konsesi Rapid Emas dan Rapid Mesra kekal tanpa sebarang perubahan harga, selaras dengan komitmen berterusan.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelarasan harga pas perjalanan, perincian produk serta informasi perjalanan, sila layari laman web rasmi: www.myrapid.com.my atau saluran media sosial rasmi Rapid KL. 




Gallery

Tag:

Rapid KL
Prasarana Malaysia Berhad
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Operasi Rel, Bas, Van Rapid KL Dilanjutkan Sempena Ambang Tahun Baharu 2026

Dah bersedia untuk ‘healing’ sambil melihat pertunjukan bunga api di ambang tahun baharu 2026 Rabu ini? Anda tidak perlu pening kepala memikirkan kesesakan jalan raya atau harga e-hailing yang melambung tinggi.

29-12-2025
Berita Auto

Rapid KL On-Demand: Kini Lebih Banyak Di Pusat Bandar, Berhampiran Universiti

Selain zon pusat bandar, tiga lagi zon turut diperkenalkan melibatkan laluan koridor pendidikan utama.

30-06-2025
Berita Auto

Sidang Kemuncak ASEAN: Operasi Rel Rapid KL Dilanjutkan

Orang ramai digalakkan menggunakan sepenuhnya kemudahan pengangkutan awam bagi memudahkan perjalanan ke lokasi.

21-05-2025
Berita Auto

Lif Monorel Dibuka Secara Berperingkat

Pihak Rapid Rail sudah memasang lapan lif di lima stesen monorel di sekitar ibu negara, baru-baru ini.

19-05-2025
Berita Auto

Tahun Baharu 2025: Rapid KL Lanjutkan Masa Operasi Rel & Bas

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengumumkan lanjutan operasi perkhidmatan rel Rapid KL sehingga jam 3 pagi,

30-12-2024
Berita Auto

Bas Perantara MRT Laluan Putrajaya Bakal Disediakan – Ini Tarikh Bermula...

Rapid KL telah mengumumkan pelancaran bas perantara MRT antara Sg Buloh dan MRT Laluan Putrajaya.

06-12-2023
Berita Auto

Orang Awam Panik Lihat Pemuda Lompat Atas Landasan

Salam takziah kepada keluarga mangsa.

02-12-2023
Berita Auto

Bas Perantara LRT Ke Pavilion Bukit Jalil Kini Berhenti Di Technology Park Malaysia

Bas perantara percuma dari Stesen LRT Awan Besar ke Pavilion Bukit Jalil kini akan turut berhenti di Technology Park Malaysia (TPM).

28-11-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026