Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perodua Tambah 34 Cawangan, Ramai Minat QV-E, Sehinggakan Perodua Kini Buka Tempahan Secara Manual

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Perodua telah menambahkan daripada 9 cawangan kepada 34 cawangan bagi memudahkan proses tempahan QV-E yang kini sudah dibuka secara manual.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad mengakui pihaknya menerima  maklum balas yang baik daripada pelanggan dari seluruh negara.

"Untuk itu, kami menambah beberapa lokasi cawangan lagi supaya pelanggan boleh membuat pandu uji dan menempah Perodua QV-E.

image.png

"Malah, kami juga telah membuka tempahan secara manual untuk memudahkan proses tempahan," katanya.

Mengulas lanjut mengenai tempahan Perodua QV-E, beliau berkata, pihaknya sebelum ini, telah meminta pelanggan membuat tempahan menerusi super-app  P-Circle.

"Namun berdasarkan  maklum balas yang kami terima, pelanggan meminta untuk pilihan tempahan secara manual,” ujarnya.

Bagi memudahkan urusan pemilikan QV-E, pihak Perodua  juga telah meringkaskan terma dan syarat untuk program sewaan bateri, Battery-as-a-Service (BAAS) dengan menjelaskan terma dan syarat dalam bentuk infografik.

image.png

Bagi yang masih keliru,  BAAS ialah perkhidmatan bebas yang bertujuan untuk melindungi pelanggan dan alam sekitar. Ia mengenakan langganan sebanyak RM275 (harga tetap) setiap bulan untuk tempoh 108 bulan (9 tahun).

Perodua telah menetapkan harga siling langganan sebanyak RM275 untuk memastikan pelanggan dilindungi daripada kenaikan harga pada masa hadapan.

Selain itu, bateri itu akan diselenggara sepenuhnya oleh Perodua sebagai sebahagian daripada pakej yang direka untuk memberikan ketenangan minda walaupun selepas melepasi tempoh 9 tahun.

image.png

Perodua juga akan memberikan bantuan pentadbiran untuk menukar langganan BAAS kepada pemilik baharu.

Misalnya, jika pemilik sedia ada berhasrat untuk menjual QV-E, mereka perlu memaklumkan Jabatan Pre-Owned Vehicle Perodua untuk mengeluarkan nama mereka daripada senarai program langganan berkenaan dan mendaftar nama pemilik baharu.

image.png

Bayaran langganan selama 108 bulan itu juga boleh dipindahmilik, yang mana jika pemilik sedia ada sudah membuat bayaran selama 50 bulan, pemilik baharu hanya perlu meneruskan langganan selama 58 bulan di bawah pelan yang sama.

Seperti mana yang ditegaskan Perodua sebelum ini,  program BAAS adalah komitmen Perodua dalam menyediakan keselesaan kepada penggunanya, selain memelihara alam sekitar dengan mengambil tanggungjawab untuk mengendalikan bateri kenderaan EV.

Gallery

Tag:

Perodua
Perodua QV-E
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

19-12-2025
Kereta Baru

17-12-2025
Berita Auto

12-12-2025
Berita Auto

09-12-2025
Berita Auto

05-12-2025
Kereta Baru

01-12-2025
EV

13-10-2025
Teknologi

13-10-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Jualan Kereta Melonjak Pada Nov, Permintaan EV Turut Meningkat

Jualan Kereta Melonjak Pada Nov, Permintaan EV Turut Meningkat

MAA mendedahkan jualan kenderaan mencatatkan prestasi memberangsangkan pada bulan lepas.

20-12-2025
Berita Auto
Syabas! Perodua Traz Terima Penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP

Syabas! Perodua Traz Terima Penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP

Perodua Traz yang baru dilancarkan ke pasaran tempatan beberapa hari lalu, berjaya meraih penarafan lima bintang bagi ujian pelanggaran ASEAN NCAP.

19-12-2025
Berita Auto
Video tular Pemandu Vellfire Rempuh Penunggang Motosikal, Akhirnya Sudah Ditahan Polis
Berita Auto
Perodua Tambah 34 Cawangan, Ramai Minat QV-E, Sehinggakan Perodua Kini Buka Tempahan Secara Manual

Perodua Tambah 34 Cawangan, Ramai Minat QV-E, Sehinggakan Perodua Kini Buka Tempahan Secara Manual

Perodua telah menambahkan daripada 9 cawangan kepada 34 cawangan bagi memudahkan proses tempahan QV-E yang kini sudah dibuka secara manual.

19-12-2025
Berita Auto
Kes Curi Kabel Melonjak Hampir 70%, Prasarana Rayu Orang Ramai Turut Bantu

Kes Curi Kabel Melonjak Hampir 70%, Prasarana Rayu Orang Ramai Turut Bantu

Hanya dalam tempoh tiga tahun, Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) perlu menanggung kerugian mencecah RM20.6 juta gara-gara aktiviti curi kabel yang semakin ‘rancak’ sejak kebelakangan ini.

19-12-2025
Berita Auto
Perhatian! JPJ Selangor Sudah Mula Guna Kamera Badan

Perhatian! JPJ Selangor Sudah Mula Guna Kamera Badan

Pemakaian kamera badan bertujuan untu melindungi anggota penguat kuasa daripada sebarang salah faham, tuduhan tidak berasas atau gangguan semasa menjalankan tugas

19-12-2025
Berita Auto
Tiada Cadangan Tukar Subsidi BUDI95 Kepada Rebat Tunai EV, Hibrid

Tiada Cadangan Tukar Subsidi BUDI95 Kepada Rebat Tunai EV, Hibrid

Kerajaan menegaskan bahawa skim bantuan subsidi bahan api, BUDI95, tidak akan ditukar menjadi rebat tunai bagi menggalakkan pembelian kenderaan elektrik (EV) atau hibrid.

19-12-2025
Berita Auto
Krismas: Kerajaan Umum Diskaun Tol 50% Bermula 23, 24 Dis Ini!

Krismas: Kerajaan Umum Diskaun Tol 50% Bermula 23, 24 Dis Ini!

Kerajaan memberikan diskaun 50% ke atas bayaran tol bagi kenderaan persendirian bermula dari 23 dan 24 Disember ini.

19-12-2025