Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pusat Pameran MINI 1S Dibuka Di Ipoh, Perak

Suhana Veru

Kongsi melalui

01.-Tian-Siang-Premium-Auto-Unveils-Exclusive-MINI-Showroom-in-Ipoh-Driving-Electrified-Mobility-with-New-Charging-Facilities.jpeg

MINI Malaysia (BMW Group Malaysia) melebarkan rangkaian jenamanya di utara Semenanjung Malaysia apabila membuka sebuah bilik pameran MINI baharu berstatus 1S di Ipoh, Perak, baru-baru ini.

Fasiliti  baharu itu akan dikendalikan  oleh pengedarnya, Tiang Siang Premium Auto. Ia merupakan outlet jenama MINI berstatus 1S bagi syarikat berkenaan dan yang kedua selepas MINI Bangsar, Kuala Lumpur.

Pusat pameran yang seluas 6,500 kaki persegi ini  menempatkan operasi perniagaan MINI serta ruang pameran kenderaan yang boleh memuatkan sehingga lima unit kereta pameran.

Dengan 12 kakitangan, ia turut menyediakan ruang santai untuk pelanggan dan beberapa kemudahan lain.

image.png

Sementara itu, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel berkata, pihaknya teruja untuk  merasmikan pusat pameran MINI tersendiri kedua di Malaysia ini. 

"Pengembangan ini bukan sahaja menekankan komitmen kami dalam memberikan pengalaman MINI yang unik, tetapi juga mencerminkan keterujaan yang semakin meningkat terhadap jenama ini di Malaysia. 

image.pngimage.png

"Penambahan kemudahan pengecasan EV baharu di pusat pameran ini turut memperkukuh misi kami untuk membina ekosistem yang menyokong Mobiliti Elektrik di samping memberikan Pengalaman Pemilikan Premium yang menyeluruh kepada pelanggan.

"Kami menantikan kehadiran para peminat dan penunjung untuk meneroka pelbagai kemungkinan tanpa had yang ditawarkan oleh gaya hidup MINI di pusat pameran terbaru kami di Ipoh," katanya.

Selain itu, Tian Siang Premium Auto (MINI) telah menjalinkan kerjasama dengan Gentari bagi menyediakan kemudahan   pengecasan AC dan DC.

Infrastruktur pengecasan baharu ini dilengkapi dengan dua pengecas DC 180 kW dengan kadar pengecasan bermula pada RM1.70 setiap kWh dan dua pengecas AC 22 kW.

image.png

Sehingga kini, BMW Group Malaysia telah menyediakan lebih daripada 2,000 kemudahan pengecasan di seluruh negara melalui kerjasama strategik dengan penyedia pengecasan EV tempatan yang berkongsi aspirasi yang sama dalam memacu mobiliti elektrik di Malaysia.

Pusat pameran ini terletak di No. 87, Jalan Tunku Abdul Rahman, 30,100 Ipoh, Perak.

image.png

Tian Siang Premium Auto (MINI) beroperasi setiap hari dari 8:30 pagi hingga 5:30 petang pada hari Isnin hingga Jumaat, dari 8:30 pagi hingga 5:00 petang pada hari Sabtu, serta dari 10:00 pagi hingga 5:00 petang pada hari Ahad dan cuti umum.

Untuk keterangan lanjut,  layari https://www.bmw-tiansiang.my/.






Gallery

Tag:

BMW MINI
Tan Siang Premium
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

16-01-2025
Global

06-02-2024
Berita Auto

19-01-2024
Global

17-04-2023
EV

06-04-2023
EV

10-02-2023
Berita Auto

10-01-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026