Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sah! Perodua Bakal Lancar Model Terbaharunya, Traz/Nexis D66B Pada 17 Dis Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sebelum melabuhkan tirai tahun 2025, Perodua mengesahkan pihaknya akan melancarkan secara rasminya, satu lagi model  terbaharunya yang dikenali sebagai Perodua Traz/Nexis D66B, pada 17 Disember ini.

Pengumuman itu dibuat melalui satu lagi imej teaser yang disiarkan di saluran media sosialnya, disertai dengan kapsyen "Built on the strength of the Perodua ecosystem, it’s GUARANTEED to be something you can count on.

"The countdown begins: 5 more days. Are you ready for what’s on the horizon? Stay tuned," tulisnya.

Mujurlah, kali ini kereta tersebut hanya diselubungi dengan bayangan gelap namun masih boleh melihat beberapa bahagian kereta dengan lebih jelas.

image.pngimage.png

Buat masa ini, kami boleh mengesahkan ia adalah model Perodua  Traz/Nexis D66B.

Perodua Traz/Nexis ini  akan hadir dalam warna  Cranberry Red yang sama seperti Perodua Myvi generasi ketiga (MG3) versi facelift.

Selain itu, ia turut menampilkan beberapa kemasan hitam, termasuk pada penutup cermin sisi, skirt sisi serta bahagian roda, tetapi bukan pada bumbung sekali gus memberi bayangan bahawa ia mungkin tidak menerima pilihan warna dua tona seperti mana model asasnya, Toyota Yaris Cross berasaskan DNGA.

Hasil pemerhatian juga mendapati imej teaser terbaharu itu menunjukkan bahawa SUV segmen-B baharu Perodua ini akan menerima reka bentuk rim aloi yang sama seperti Toyota Yaris Cross spesifikasi Thailand, iaitu rekaan dwi lima-jejari dengan kemasan dua tona perak dan hitam.

image.pngimage.png

Selain itu ia akan hadir dengan gril hadapan dengan lencana Perodua seperti yang dilihat dalam teaser pertama, kebanyakan bahagian kereta ini kelihatan hampir sama dengan kembarnya, Yaris.

Malangnya, tidak banyak butiran dikongsikan terutama trenkuasa atau spesifikasi penuh model ini, tetapi kami yakin bahawa Traz/Nexis D66B akan menjadi kembar kepada Toyota Yaris Cross yang direka khas untuk pasaran Asia Tenggara.

Bagi yang tidak tahu, Toyota Yaris Cross ditawarkan dengan enjin 1.2 liter 4-silinder NA 2NR-VE atau hibrid 1.5 liter 4-silinder 2NR-VEX yang lebih bertenaga, dengan model hibrid dipadankan motor elektrik dan transmisi automatik e-CVT.

Di sebalik berita ini, nampaknya ketibaan Perodua TrazTraz/Nexis D66B, akhirnya terjawab  memandangkan perbincangan hangat mengenai model ini, bermula sejak tahun 2024.

image.png

Difahamkan, projek tersebut kemudian ditangguhkan untuk memberi laluan kepada pembangunan model EV pertama Perodua, iaitu Perodua QV-E, yang digelar sebagai kenderaan elektrik buatan tempatan pertama Malaysia.

Gallery

Tag:

Perodua
Perodua D66B Nexis
Perodua Traz Teaser
Perodua D66B
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501

Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.

06-08-2026
Berita Auto

Kereta Bajet: Axia VS Saga, Mana Satu Pilihan Anda?

Pilihan Kereta RM40k di Malaysia: Perodua Axia atau Proton Saga?

03-08-2026
Berita Auto

Perodua Axia Kini Lebih Mampu Milik: Harga Turun Sehingga RM4,700 Serta-Merta

Berita Baik! Perodua Potong Harga Axia Demi Bantu Rakyat Hadapi Cabaran Ekonomi.

03-08-2026
Berita Auto

Perodua Traz & Alza 'Takluk' Sri Lanka: Bukti Kereta Malaysia Mampu Bersaing di Luar Negara

Dari Malaysia Ke Sri Lanka: Perodua Lebarkan Sayap, Eksport Traz dan Alza!

28-07-2026
Global

Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k

Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.

27-07-2026
Berita Auto

Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi

Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.

07-07-2026
EV
Berita Auto

Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!

Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.

18-06-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026