Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

SUV Junam Dalam Gaung, Siapa Alihkan Papan Tanda Di Lokasi Kemalangan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Menteri Kerja Raya menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berhubung pihak yang mengalihkan tanda amaran dan penghadang konkrit di lokasi kemalangan di Hulu Terengganu, baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, maklumat itu mungkin dapat membantu siasatan kes membabitkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) terjunam ke dalam gaung sedalam 61 meter.

"Jika dakwaan (tanda amaran dan penghadang jalan) dialihkan, penting untuk kita tahu siapa yang mengalihkannya.

"Kementerian Kerja Raya (KKR) memang tidak mengalihkan dan memang kita buat langkah keselamatan," katanya.

Terdahulu, media tempatan  melaporkan, SUV jenis Toyota Fortuner dinaiki bakal pasangan pengantin terjunam ke dalam gaung di Kilometer 52 Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi–Aring (Bukit Kawah), kira-kira jam 5.30 petang.

Mangsa masing-masing seorang guru, Hassan Shazali, 52, dan pengusaha kantin sekolah, Suzaimah Che Azis, 34, maut di lokasi kejadian akibat parah selepas kenderaan itu terjunam ke dalam gaung.

image.png

Polis dilapor memaklumkan faktor kecuaian dipercayai menjadi punca insiden itu, selain pemeriksaan mendapati tanda amaran dan penghadang konkrit di lokasi kejadian dialihkan pihak tidak bertanggungjawab.

Nanta Linggi berkata, siasatan di lokasi kejadian sedang dijalankan mengikut tatakelola KKR, namun pihaknya setakat ini belum mengenal pasti pihak mengubah kedudukan penghadang keselamatan terbabit.

"Kita belum tahu lagi (siapa yang mengubah penghadang keselamatan). Jika sesiapa tahu, mohon maklumkan kepada kita," katanya yang juga Ahli Parlimen Kapit itu.


Gallery

Tag:

Kementerian Kerja Raya (KKR)
kemalangan maut
Toyota Fortuner SUV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto

KKR Rayu Tambahan Peruntukan: RM2 Bilion Tak Cukup Selenggara Jalan

Kekangan Bajet Jalan Raya: KKR Terpaksa Utamakan Kawasan Black Spot & Kerap Kemalangan.

19-08-2026
Berita Auto

RM25.2 Juta Diperuntuk Pasang Lampu Solar LED Di 32 Lokasi Berisiko Tinggi Lebuh Raya

3,000 Tiang Lampu Solar LED Bakal Dipasang Di Kawasan 'Blackspot' Lebuh Raya Menjelang November.

24-06-2026
Berita Auto

Projek RM20 Juta: Laluan Motosikal Jalan Persekutuan Wajah Baharu Ogos Ini

Riders Lebuhraya Persekutuan, Ini Apa Yang Bakal Berubah Pada Laluan Motosikal Menjelang Ogos!

22-05-2026
EV

Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

07-05-2026
Berita Auto

Jika Boleh, Kita Mahu Setiap Inci Jalan Diterangi Lampu – Menteri KKR

Kementerian Kerja Raya mahu setiap setiap inci di jalan raya dilengkapi lampu jalan namun pihaknya mengakui berdepan kekangan sumber.

09-12-2025
Berita Auto

Projek Lebuhraya Trans Borneo Bermula Tahun Depan,- Menteri

Seksyen Miri, Projek Lebuhraya Trans Borneo (LTB), dijangka bermula suku pertama tahun hadapan.

03-12-2025
Berita Auto

Projek Siapkan MEX II Dianggarkan RM449 Juta, Kos Mungkin Naik

Kos bagi menyiapkan baki kerja pembinaan Projek Lebuhraya Putrajaya ke KLIA (MEX II) dianggarkan berjumlah RM449 juta.

03-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026