Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Budak Maut Tertinggal Dalam Kereta, Ada Tips Untuk Elak Tertinggal Anak

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia di dalam kereta yang diletakkan di belakang sebuah bank dekat Jalan Tunku Hassan, Seremban, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, mangsa dikatakan ditinggalkan sejak jam 8 pagi dan hanya disedari pada jam 5 petang.

"Pihak polis menerima paggilan MERS 999 kira-kira jam 6.15 petang daripada orang awam memberitahu terdapat seorang kanak-kanak meninggal dunia di dalam sebuah kereta.

"Hasil siasatan awal, pihak polis mendapati mangsa tidak sedarkan diri di dalam sebuah kenderaan jenis Proton Saga warna putih dan dipercayai ditinggalkan di dalam kenderaan itu oleh ibunya seawal 8.00 pagi.

"Difahamkan ibu mangsa terlupa untuk menghantar mangsa ke tempat pengasuh. Kejadian hanya disedari ibu mangsa kira-kira jam 5 petang selepas selesai waktu bekerja," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) dan mangsa dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan ibu mangsa ditahan untuk membantu siasatan," katanya.

Di sebalik kejadian ini, hakikatnya tiada ibu bapa yang sengaja mahu meninggalkan anak di dalam kereta.

Namun, gara-gara kepenatan dalam melakukan tugasan harian, kita mungkin alpa. Bagaimana untuk elakkan daripada lupa dan tertinggal anak dalam kereta?

Anda mungkin boleh melekat nota pada cermin pandang belakang sebagai peringatan ataupun  meletakkan sesuatu barangan milik anak, seperti beg pakaian, atau apa sahaja kepunyaan anak di tempat duduk penumpang hadapan .

Ia adalah untuk membuatkan anda mengingati bahawa anak anda berada bersama anda.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026