Link Copiedcheck_circle
EV

Ini Dia Hyundai Staria Camper EV Concept

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kenderaan motorhome dan campervan kembali mendapat sambutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan menyebabkan Hyundai turut menyertai trend tersebut.

Ini berikutan pengeluar automotif Korea itu telah mempamerkan  campervan versi konsep baharunya pada pameran Caravan, Motor und Touristik Show  di Jerman. Ia diasaskan daripada MPV elektrik baharu Staria Electric yang baru diperkenalkan.

Dikenalisebagai Hyundai Staria Camper Concept, Hyundai membangunkan campervan elektrik sepenuhnya ini bagi meneroka bagaimana MPV popularnya boleh “berevolusi menjadi kenderaan rekreasi premium yang disesuaikan untuk pasaran Eropah.”

image.pngimage.png

Direka untuk pengembaraan luar,  Staria Camper ini dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan perkhemahan, dengan dua yang paling menonjol ialah kanopi boleh tarik dan bumbung pop-out berkuasa elektrik.

Menariknya, Hyundai telah memasang panel solar berkuasa 520 watt pada bumbung tersebut, yang mampu menjana sehingga 2.6 kW tenaga elektrik sehari. Kadar tenaga itu dilihat sudah mencukupi untuk membekalkan kuasa kepada peralatan dalam kenderaan tanpa menjejaskan bateri pemanduan.

Satu lagi ciri unik konsep campervan ini ialah penggunaan kaca pintar boleh laras secara elektronik untuk privasi, di mana tingkap belakang boleh dikawal melalui panel kawalan skrin sentuh khusus yang membolehkan pengguna melaraskan tahap ketelusan dengan serta-merta.

image.pngimage.png

Hyundai turut menyatakan bahawa kaca pintar ini menawarkan “peningkatan ketara dari segi perlindungan UV, penebatan haba dan bunyi berbanding kaca konvensional,” walaupun langsir tradisional turut disediakan sekiranya diperlukan.

Penambahan terakhir pada bahagian luaran Staria Camper ialah sambungan air dan elektrik yang terletak berhampiran lampu belakang, bagi memudahkan sambungan kepada sumber kuasa atau air luaran.

image.pngimage.png

Menjengah kabinnya,  Hyundai memberi penekanan besar terhadap kebolehsuaian reka bentuk, di mana tempat duduk baris kedua dan ketiga boleh dilipatuntuk menghasilkan ruang katil yang luas, mencukupi untuk dua orang dewasa berehat dengan selesa.

image.pngimage.png

Turut disediakan kaunter panjang dengan sinki peti sejuk kecil, meja lipat, lampu khas serta beberapa ruang simpanan tambahan. Sementara itu, tempat duduk hadapan standard telah digantikan dengan dua unit boleh pusing bagi meningkatkan fleksibiliti susun atur dalaman.

Walaupun campervan elektrik sepenuhnya ini masih berada pada peringkat konsep buat masa ini, Hyundai menyatakan bahawa terdapat perancangan untuk menjadikannya model pengeluaran sebenar.

Syarikat itu kini giat mendapatkan maklum balas daripada “pelbagai kumpulan peminat perkhemahan, karavan dan pengembaraan dari seluruh Eropah dan kawasan lain.

image.png

Sekiranya konsep Staria Camper ini direalisasikan sebagai model pengeluaran, ia berpotensi menjadi alternatif menarik kepada campervan Eropah popular lain seperti Mercedes-Benz Vito, Volkswagen California dan banyak lagi.

Gallery

Tag:

Hyundai Staria Camper
Hyundai Staria Campervan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026
EV

Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.

11-05-2026
EV

Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

07-05-2026
EV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
EV

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026