Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ini Dia Mitsubishi Pajero Gen Kelima, Masih Samar

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, SUV Mitsubishi Pajero bakal menyaksikan kemunculan generasi kelima memandangkan imej teaser sudah muncul dalam video promosi rasmi Ralliart sempena  Tahun Baharu.

Walaupun SUV tersebut digelapkan namun susunan lampu siang LED (DRL) dapat dilihat dengan jelas termasuk rangka badannya sekali gus ternyata berbeza daripada trak pikap Triton.

Buat masa ini, masih belum jelas apakah rangkaian kuasa yang akan digunakan oleh Pajero generasi kelima ini. Namun begitu, sekiranya ia benar-benar berasaskan Triton semasa seperti yang didakwa, kita mungkin akan melihat SUV kembar  ini menggunakan enjin diesel 2.4 liter 4-silinder dwi-turbo yang sama, dengan output 204 PS dan 470 Nm.

image.pngimage.png

Sudah tentu, model Pajero generasi kelima yang didedahkan ini menjadi pengganti kepada Pajero Sport generasi ketiga yang kini sudah berusia. 

Varian tersebut masih lagi dihasilkan di negara jiran Thailand, namun kini usianya sudah mencecah satu dekad.

Seperti generasi Pajero terdahulu,  generasi kelima ini  mungkin dipasarkan dengan nama berbeza mengikut pasaran – versi terdahulu pernah dijual sebagai Shogun atau Montero, berikutan maksud perkataan “Pajero” dalam bahasa Sepanyol.

Apa yang masih belum jelas juga ialah bila ia akan dilancarkan. Namun, memandangkan teaser ini muncul pada awal tahun, khabar angin mengenai pelancarannya di pasaran Jepun pada hujung tahun ini (2026) dilihat sangat berasas. 

Di peringkat tempatan pula, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kali terakhir menawarkan Mitsubishi Pajero Sport generasi kedua sehingga tahun 2016 sebelum ia dihentikan. Pengganti generasi ketiga yang menerima pembaharuan besar-besaran pula tidak pernah ditawarkan secara rasmi.

image.png

Situasi ini bagaimanapun berpotensi berubah pada masa hadapan, memandangkan MMM kini sedang bersiap sedia untuk mengembangkan barisan model tempatan dengan  kenderaan crossover dan SUV.

Malah, XForce B-SUV yang sekian lama dinantikan dan dibangunkan khusus untuk ASEAN baru-baru ini dikesan di Malaysia, sekali gus memberi petanda ia bakal dilancarkan tidak lama lagi.




Gallery

Tag:

Mitsubishi Motors Malaysia
Mitsubishi Pajero
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

26-09-2025
Global

10-12-2024
Berita Auto

05-12-2024
Pandu Uji

04-10-2024
Global

06-08-2024
Berita Auto

29-05-2023
Berita Auto

13-01-2023
Berita Auto

04-11-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026
Berita Auto

Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Detik cemas menyelubungi sebuah keluarga apabila SUV yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 15 meter di sebuah ladang teh.

25-02-2026
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026