Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Isi Petrol Berulang, Rupanya..

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Tindakan dua beradik wanita melakukan pengisian minyak petrol secara berulang di sebuah stesen minyak di Tumpat, Kelantan  membawa padah apabila mereka dicekup pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan dalam Ops Gempur Barang Kawalan, pada Rabu lalu.

Timbalan Pengarah KPDN negeri, Aswadi Jaafar berkata, kegiatan mencurigakan itu dikesan hasil risikan pasukan yang mengesan sebuah kereta jenis Proton Wira membuat pengisian petrol secara berulang sebelum bertindak mengekori kenderaan berkenaan.

Menurut beliau, kenderaan tersebut diekori sehingga ke Kampung Jubakar Darat di sini sebelum pemeriksaan dijalankan dan mendapati ia dipandu oleh seorang wanita berusia 33 tahun bersama adiknya, 23, yang bertindak sebagai pembantu.

“Hasil pemeriksaan menemui lima tong jerikin disyaki berisi minyak petrol di dalam but kenderaan berkenaan.

Menurut beliau, kenderaan tersebut diekori sehingga ke Kampung Jubakar Darat di sini sebelum pemeriksaan dijalankan dan mendapati ia dipandu oleh seorang wanita berusia 33 tahun bersama adiknya, 23, yang bertindak sebagai pembantu.

“Hasil pemeriksaan menemui lima tong jerikin disyaki berisi minyak petrol di dalam but kenderaan berkenaan.

"Kami turut menemui sebuah tangki minyak yang dipercayai telah diubah suai dan diperbesarkan bagi tujuan penyimpanan petrol,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

image.png

Menurut Aswadi, pihaknya menyita kenderaan terbabit berserta kunci, kira-kira 125 liter petrol dalam lima tong jerikin serta tambahan 125 liter petrol daripada tangki ubah suai, menjadikan jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak 250 liter.

Beliau berkata, kedua-dua wanita terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan telah ditangkap mengikut peruntukan akta yang sama.

“KPDN Kelantan memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti penyelewengan barang kawalan kerana tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi,” katanya.


Gallery

Tag:

KPDN
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pemilik Kenderaan Pendaftaran Asing Dikenakan Tindakan Jika Beli RON95

Kerajaan akan menguatkuasakan larangan khusus terhadap pembelian petrol RON95 oleh kenderaan pendaftaran asing di stesen-stesen minyak.

29-01-2026
Berita Auto

Mudahnya Kenderaan Asing Isi RON95, Hanya Guna "Wiretape" Tutup No Plat Tapi PDRM Dah "Jemput" Datang Balai

Sebuah kenderaan Singapura yang dikesan mengisi RON95 di Kulai Johor Bahru, rupa-rupanya hanya menggunakan :wiretape" untuk menutup nombor plat hanya semata-mata mahu mengisi RON95.

05-01-2026
Berita Auto

Benarkan Kenderaan Asing RON95, Pengusaha Stesen Minyak Berdepan Denda RM1 Juta

Pengusaha stesen minyak diingatkan supaya tidak membenarkan kenderaan asing mengisi RON95.

04-01-2026
Berita Auto

Imbas Kod QR, Sahkan Kewarganegaraan Sebelum Beli RON95 – KPDN

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kini sedang membangunkan satu sistem kawalan bagi menyelesaikan masalah ketirisan subsidi petrol RON95.

04-09-2025
Berita Auto

Kerajaan Tangguh Label Penandaan Minyak Enjin Hingga Okt 2025

Atas beberapa kekangan teknikal, langkah itu ditangguh selama enam bulan lagi.

14-04-2025
Berita Auto

JPJ Perhalusi Syarat Tambahan Pemeriksaan Kenderaan, Salah Satu Tayar

Pelabelan tayar akan menjadi salah satu syarat untuk mendapatkan kelulusan pemeriksaan kenderaan.

14-02-2025
Berita Auto

Taktik Guna Logo Nelayan Tak Menjadi, Lori Tangki Haram Ditahan

Guna taktik menyamar sebagai kenderaan nelayan dengan menampal logo Persatuan Nelayan Kebangsaan dan logo subsidi nelayan.

11-02-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto