Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pemulihan Landasan Subang Jaya-Klang Siap Mac - Loke

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Projek pemulihan landasan kereta api antara Subang Jaya dan Klang, sebahagian daripada Projek Menaik Taraf Kemudahan Infrastruktur Landasan Kereta Api Berkembar Elektrik Lembah Klang (KVDT) Fasa 2, dijangka selesai menjelang akhir Mac ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata projek KVDT Fasa 2 yang merangkumi pemulihan landasan dari Salak Selatan ke Seremban dan dari KL Sentral ke Pelabuhan Klang, dengan keseluruhan projek dijadual siap dalam tempoh empat tahun.

Beliau berkata, tren di laluan Subang Jaya–Klang kini hanya bergerak satu arah pada satu masa bagi mempercepatkan kerja naik taraf.

"Pada waktu pagi, tren hanya bergerak dari Klang ke KL Sentral kerana 90 peratus penumpang menuju ke tempat kerja di Kuala Lumpur, terutamanya di KL Sentral, dan bukan sebaliknya.

Sebelum kita melaksanakan pendekatan ini, kekerapan tren lebih daripada sejam untuk setiap arah, kerana satu tren bergerak naik dan satu tren bergerak turun.

"Apabila kami menganalisis data, kami mendapati tren pulang mempunyai penumpang yang sangat sedikit (pada waktu pagi), jadi kami memutuskan untuk menutup seluruh laluan dalam satu arah supaya tren dapat bergerak dengan lebih efisien.

"Sekarang, pada waktu pagi, tren beroperasi setiap 30 minit," katanya pada sidang media di KL Sentral, di sini, hari ini.

Loke berkata, pada waktu petang pula, arah perjalanan dibuka dari KL Sentral ke Klang bagi memenuhi permintaan penumpang yang pulang ke rumah.

"Sistem ini sudah dijalankan kira-kira setahun. Ia bertujuan membolehkan kerja pembinaan berjalan lebih cepat dan projek dapat disiapkan lebih awal," katanya.


Gallery

Tag:

Klang Valley Double Tracking (KVDT)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026