Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Peruntukan Terbesar: KPKT Salur RM40 Juta Untuk Turap 800 Jalan Di Perak

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

"Ini adalah peruntukan  terbesar yang pernah disalurkan bagi kerja penurapan jalan perumahan di Perak.

Itu kata Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming selepas mengumumkan pihaknya memperuntukkan sebanyak RM40 juta bagi kerja-kerja penurapan semula hampir 800 jalan di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri Perak.

image.png

Menurutnya, peruntukan itu melibatkan tambahan RM20 juta yang diumumkan sempena lawatan kerja beliau ke Bandar Baru Medan Ipoh, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan khas KPKT kepada Perak berjumlah RM40 juta.

KPKT menganggarkan kos kira-kira RM50,000 bagi setiap jalan di kawasan perumahan, peruntukan berkenaan mampu menurap semula hampir 800 jalan PBT di seluruh negeri.

"Ini berita baik bukan sahaja kepada warga Ipoh, tetapi kepada seluruh rakyat negeri Perak. KPKT diberi amanah menjaga jalan-jalan PBT dan kawasan perumahan.

"Semua ini akan siap sebelum Hari Raya Aidilfitri. Kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 20 Mac, maka 800 jalan itu wajib siap. Kerja-kerja boleh bermula hari ini juga,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke Bandar Baru Medan Ipoh,sebentar tadi. 

Kor Ming berkata, peruntukan berkenaan merupakan yang terbesar pernah disalurkan bagi kerja penurapan jalan perumahan di negeri itu dan mencerminkan komitmen Kerajaan Madani dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat.

image.png

Mengulas agihan peruntukan, beliau menjelaskan, Majlis Perbandaran Manjung menerima RM5 juta, Majlis Perbandaran Teluk Intan RM3.08 juta dan Majlis Perbandaran Taiping RM3.1 juta manakala selebihnya akan diagihkan kepada majlis daerah dan PBT lain di Perak.

Hampir semua PBT di Perak akan menerima manfaat daripada peruntukan khas tersebut hasil penjimatan yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan.

Difahamkan,  kerja penurapan semula semua jalan di kawasan Bandar Baru Medan Ipoh yang melibatkan jarak kira-kira 3.2 kilometer telah siap sepenuhnya dengan kos hampir RM1.9 juta hasil kerjasama KPKT dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).


Gallery

Tag:

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT)
KPKT Minister YB Nga Kor Ming
turap jalan
Perak
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

EV Pun Ada Selimut, Harga Sampai RM5K

Pemilik EV akan diwajibkan untuk membeli Selimut Kebakaran EV.

02-02-2024
EV

Pengecas EV Di Kawasan Perumahan? Senanglah

KPKT sedang memuktamadkan pekeliling kelulusan pengecas EV.

24-05-2023
EV

Ini Garis Panduan Pemasangan Pengecas EV Di Parkir, Larangan Di Beberapa Lokasi – KPKT

PLAN Malaysia, kini sedang membangunkan garis panduan bagi pemasangan pengecas EV di ruang parkir Malaysia.

21-03-2023
EV

Cadangan Ini Masih Dalam Pertimbangan

Pihak berkuasa berkemungkinan akan mengecualikan bayaran tempat letak kereta bagi kenderaan elektrik (EV).

05-07-2024
Berita Auto

Asyik Turap Jalan, Tapi Jalan Rosak Balik, Di Mana Silapnya?

Sebanyak RM3.3 bilion diperuntukkan Kementerian Kerja Raya (KKR) dari 2018 hingga 2023 bagi kerja-kerja penyelenggaraan turapan di jalan Persekutuan di seluruh negara.

14-03-2024
Berita Auto

Pelik Jalan Yang Diturap Boleh Tahan 8 Tahun

Jangka hayat jalan raya yang diturap atau ditampal semula boleh mencapai tujuh hingga lapan tahun.

10-11-2023
EV

Perak Mahu Perluas Stesen Cas EV, 500 Pengecas Akan Dibina Tahun Ini

Langkah itu sejajar dengan trend global ke arah pengurangan pelepasan karbon dioksida.

05-05-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026