Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pusat Pameran Lee Motors Sudah Berpindah

Suhana Veru

Kongsi melalui


01.-BMW-Group-Malaysia-Enhances-Premium-Ownership-Experience-with-the-Relocation-of-Lee-Motors-to-New-Retail.NEXT-Showroom-and-EV-Charging-Expansion..jpg

BMW Group Malaysia mengumumkan pusat pameran Lee Motors kini dipindahkan ke Alor Setar, Kedah, baru-baru ini.

Direka selaras dengan konsep Retail.NEXT, fasiliti yang seluas 50,000 kaki persegi ini menampilkan Ruang Jualan & Servis, Ruang Serahan, Ruang Hospitaliti serta Perkhidmatan Servis di Kenderaan (RATC).

06.-BMW-Group-Malaysia-Enhances-Premium-Ownership-Experience-with-the-Relocation-of-Lee-Motors-to-New-Retail.NEXT-Showroom-and-EV-Charging-Expansion..jpg06.-BMW-Group-Malaysia-Enhances-Premium-Ownership-Experience-with-the-Relocation-of-Lee-Motors-to-New-Retail.NEXT-Showroom-and-EV-Charging-Expansion..jpg

Selain itu, ruang yang lebih luas membolehkan perancangan kapasiti masa hadapan, memastikan kemudahan ini mampu menampung pertumbuhan melebihi jumlah jualan tahunan semasa antara 200 hingga 250 unit serta memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat di Kedah.

10.-BMW-Group-Malaysia-Enhances-Premium-Ownership-Experience-with-the-Relocation-of-Lee-Motors-to-New-Retail.NEXT-Showroom-and-EV-Charging-Expansion..jpg

Pusat pameran ini juga menawarkan kemudahan perkhidmatan yang lebih menyeluruh, termasuk Jualan, Servis, Alat Ganti, Servis Baik Pulih & Cat yang diiktiraf serta Perkhidmatan Kewangan untuk memastikan pengalaman pemilikan premium.

Dengan pasukan yang terdiri daripada 50 profesional merentasi pelbagai jabatan, Lee Motors kini lebih bersedia untuk memenuhi keperluan pelanggan baharu dan sedia ada, sambil mengekalkan standard perkhidmatan dan penjagaan pelanggan yang tinggi.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel berkata, pemindahan pusat pameran itu bukan sekadar pengembangan, tetapi juga satu manifestasi falsafah Retail.NEXT kami, yang memperlihatkan gabungan automotif dan kemewahan kontemporari.

"Kami membawakan persekitaran yang berfokus pada pelanggan menerusi seni bina moden dan pendigitalan yang sofistikated. Lee Motors telah menjadi rakan perniagaan kami di Kedah selama lebih dua dekad.

"Evolusi mereka ke kemudahan yang lebih besar dan moden mencerminkan permintaan mobiliti premium yang semakin meningkat di rantau ini, serta jangkaan pelanggan yang kian berkembang terhadap standard pengalaman jualan automotif premium.

Pusat Pameran baharu Lee Motors yang telah dipindahkan terletak di 218, Jalan Gangsa, Kawasan Perusahaan Mergong II, 05150, Alor Setar, Kedah.

Pusat pameran ini beroperasi setiap hari dari 9:00 pagi hingga 5:30 petang, Isnin hingga Ahad. Sementara itu, waktu operasi pusat servis adalah dari 9:00 pagi hingga 5:30 petang dari Ahad hingga Jumaat, kecuali pada hari Sabtu.


Tag:

Lee Motors
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026