- Berita
- Berita Auto
- Servis Teksi Air Di Pulau Pinang, Rupanya Tidak Dapat Dilaksanakan, Ada Sebabnya!
Servis Teksi Air Di Pulau Pinang, Rupanya Tidak Dapat Dilaksanakan, Ada Sebabnya!

Cadangan memperkenalkan perkhidmatan teksi air di Pulau Pinang belum dapat direalisasikan kerana aspek teknikal dan keselamatan yang perlu diselesaikan.
Itu kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Menurutnya, walaupun terdapat minat pihak swasta sebelum ini, sebarang perkhidmatan pengangkutan laut perlu melalui proses permohonan dan kelulusan ketat melibatkan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Laut Malaysia
"Apa sahaja mod pengangkutan, terutamanya yang melibatkan laut mesti mengambil kira aspek keselamatan (iaitu) pertama beberapa jabatan khusus seperti Jabatan Laut dan kedua perlu mendapat kelulusan teknikal Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) kalau memasuki perairan di bawahnya.
"Perkhidmatan teksi air bukan sahaja melibatkan bot tetapi juga jeti (jadi) mesti ada lokasi pendaratan yang di bawah bidang kuasa Jabatan Laut yang mengawal selia aspek keselamatan dengan kerjasama kerajaan negeri kerana melibatkan isu tanah dan sebagainya," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan mengalu-alukan sebarang inisiatif daripada pihak swasta untuk melabur dan memulakan perkhidmatan teksi air di Pulau Pinang dengan syarat semua keperluan pelesenan dan keselamatan dipatuhi sepenuhnya.
Sebelum ini, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bersetuju membatalkan Permohonan Cadangan (RFP) teksi air berikutan pihak syarikat gagal mematuhi Surat Niat untuk mendapatkan semua kelulusan daripada MOT.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

