- Berita
- Berita Auto
- Tambang RM328 Ke Sarawak, RM398 Ke Sabah Sempena Tahun Baharu Cina, Aidilfitri
Tambang RM328 Ke Sarawak, RM398 Ke Sabah Sempena Tahun Baharu Cina, Aidilfitri

AirAsia mengumumkan inisiatif tambang tetap tahunan dengan menawarkan harga tiket pada kadar RM328 bagi penerbangan ke Sarawak dan RM398 bagi laluan Sabah sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri pada tahun ini.
Harga tetap itu ditawarkan bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Miri, Sibu, dan Bintulu, manakala penerbangan ke Sabah ditawarkan untuk laluan ke Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, inisiatif tambang tetap itu terus menjadi keutamaan kerajaan bagi memastikan rakyat Malaysia pulang ke kampung dengan tambang mampu milik semasa musim perayaan.
“Secara rasmi tambang tetap bagi tempoh perjalanan sempena musim perayaan akan datang ialah RM328 bagi penerbangan antara Kuala Lumpur dan Sarawak dan RM398 bagi penerbangan antara Kuala Lumpur dan Sabah.
“Tambang tetap ini bertujuan membolehkan rakyat Malaysia merancang perjalanan perayaan selain menyokong usaha pertemuan semula keluarga sempena sambutan yang penuh bermakna ini,” katanya pada Majlis Pengumuman Tambang Tetap Sempena Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri.
Menerusi inisiatif tambang tetap itu, tempahan boleh dibuat bermula hari ini hingga 24 Februari depan untuk tempoh perjalanan antara 13 hingga 24 Februari bagi sambutan Tahun Baharu Cina.
Manakala, bagi sambutan Aidilfitri, tempahan boleh dibuat mulai hari ini sehingga 26 Mac depan dengan perjalanan dibuat antara 18 hingga 26 Mac depan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/