Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Van Jenazah Kena Rembat, Mujur Dapat Balik

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Van jenazah pun kena rembat!

Itu yang berlaku di sebuah pertubuhan kebajikan di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Bagaimanapun, misteri kehilangan van jenazah milik sebuah pertubuhan kebajikan terungkai apabila kenderaan itu dipercayai dicuri individu yang juga bekas sukarelawan pertubuhan itu sendiri.

Pengasas Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih, Shahrol Muhammad, 46, berkata, kehilangan kenderaan itu hanya disedari kira-kira jam 3 petang apabila van jenazah berkenaan didapati tiada di kawasan parkir premis pertubuhan.

Beliau berkata, kejadian disedari sekitar jam 2 petang apabila seorang lelaki dikenali datang ke bilik jenazah pertubuhan bersama pasangannya menaiki sebuah kereta jenis Perodua Bezza.

Pada waktu kejadian, kunci van jenazah berkenaan diletakkan di dalam sebuah tong berikutan ketiadaan bilik wakaf khas untuk penyimpanan kunci.

Menurutnya, kehilangan itu menimbulkan syak wasangka sebelum pihak pertubuhan mengaitkannya dengan seorang bekas sukarelawan yang sebelum ini sudah dikeluarkan dari pertubuhan berkenaan.

"Individu itu adalah bekas sukarelawan kami yang sudah dikeluarkan daripada pertubuhan kerana dipercayai mempunyai masalah mental," katanya.

Susulan laporan dibuat, beliau berkata, individu berkenaan berjaya dikesan dan ditahan pihak berkuasa sekitar jam 9 hingga 10 malam pada hari sama bersama van jenazah yang dilarikan.




Gallery

Tag:

Van jenazah
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Bukan Dicuri, Penduduk  Salah Faham

Bukan Dicuri, Penduduk Salah Faham

Pemandu van jenazah dituduh perompak bertindak memecut laju.

05-08-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026