Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Apa Punca KL, Selangor Sesak Teruk?

Suhana Veru

Kongsi melalui

Untitled-design---2026-02-12T102253.981.jpg

Sejak beberapa hari lalu, keadaan aliran trafik di Kuala Lumpur dan Selangor dilihat sesak teruk termasuk pada hujung minggu.

Pengalaman itu turut dirasai penulis sendiri ketika mahu ke pusat beli-belah Sunway Pyramid . Terbaharu, ketika penulis mahu menyertai Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina bersama Honda Malaysia apabila saya sendiri terpaksa meredah kesesakan hampir dua jam setengah dari Putra Heights, Selangor ke Bamboo Hills, Kuala Lumpur.

Lebih menghairankan ketika itu, cuaca baik, tiada hujan dan tiada juga sebarang kemalangan namun keadaan trafik tetap sesak.

Bukan sahaja jalan utama, jalan pintas di kawasan perumahan juga bertukar merah dalam aplikasi peta, Google Map.

Menjengah ruangan media sosial, rupanya rata-rata pengguna media sosial turut mendakwa kesesakan luar biasa berkenaan jarang berlaku secara serentak di kebanyakan laluan utama.

Ada pengguna yang menyatakan mereka turut berdepan kesesakan lebih panjang daripada kebiasaan meskipun menunggang motosikal.

Sebahagian pengguna pula berpendapat peningkatan jumlah kenderaan pada waktu puncak mungkin antara faktor yang menyumbang kepada kesesakan berkenaan.

Malah, ada juga yang berpendapat ia mungkin disebabkan orang ramai keluar membeli-belah sempena ketibaan sambutan Tahun Baharu Cina dan Ramadan.

Bagaimanapun, setakat ini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkuasa berhubung punca sebenar kesesakan luar biasa yang tular itu


Tag:

sesak teruk
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026