Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

BateriHub Cipta Rekod ASEAN! Miliki 200 Cawangan, 460 Kakitangan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

BateriHub-200Stores-PR-3.jpg


Jenama tempatan, BateriHub, kini berjaya memahat nama di peringkat Asia Tenggara. Syarikat tersebut secara rasmi melakar sejarah selepas mencapai lebih 200 cawangan di seluruh negara.


Kejayaan ini bukan sahaja mengukuhkan dominasi mereka di pasaran tempatan, malah turut mendapat pengiktirafan daripada ASEAN Records. Pengiktirafan ini menobatkan BateriHub sebagai Peruncit Bateri Kereta Milik Langsung Pertama dan Terbesar dari Segi Jumlah Cawangan dan Keluasan Lantai.


Apakah Rahsia Di Sebalik Pengiktirafan Peringkat ASEAN Ini?


BateriHub-200Stores-PR-4.jpg


Bukan sekadar jumlah kedai yang banyak, tetapi skala operasi BateriHub sememangnya luar biasa bagi sebuah rangkaian peruncit bateri:

  • Keluasan Lantai 'Gergasi': 200 cawangan yang beroperasi merangkumi keluasan keseluruhan 340,875.68 kaki persegi.
  • Tenaga Kerja Mahir: Disokong oleh lebih 460 kakitangan terlatih yang komited.
  • Kepercayaan Pelanggan: Setakat ini, BateriHub telah berkhidmat kepada lebih satu juta pelanggan dengan rekod lebih 70,000 ulasan positif di pelbagai platform digital.

Sejauh Mana Liputan Servis BateriHub Di Luar Lembah Klang?


BateriHub-200Stores-PR-1.jpg


Bagi BateriHub, bantuan kecemasan tidak sepatutnya terhad di kawasan bandar besar sahaja. Sehingga Januari 2026, liputan mereka kini mencecah:

  • 500 Kawasan Servis: Melibatkan 11 buah negeri di seluruh Semenanjung Malaysia.
  • Kawasan Luar Bandar: Selain Lembah Klang, bantuan kini lebih mudah dicapai di negeri-negeri seperti Kedah, Terengganu, dan Kelantan.
  • Sistem Berpusat: Semua perkhidmatan, sama ada tukar bateri di kedai, penghantaran ke lokasi, atau bantuan jumpstart, diuruskan melalui sistem penghantaran juruteknik berpusat bagi menjamin standard servis yang konsisten.

Mengapa Model “Milik Langsung” Menjadi Kekuatan BateriHub?


Menurut Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan BateriHub, Kok Wai Kit, model perniagaan milik langsung atau direct-owned adalah kunci kualiti mereka.


"Dengan model rangkaian milik sendiri, kami dapat menyeragamkan kualiti latihan, mempercepatkan respons juruteknik, dan memastikan pengurusan operasi lebih efisien. Mencapai angka 200 cawangan bermakna lebih ramai pemandu kini boleh mendapatkan bantuan yang diyakini, itu yang lebih utama berbanding sekadar jumlah kedai,” jelasnya.


Juga Menarik: BMW & UM 'Terangi' Kawasan Pedalaman Guna Bateri EV Terpakai


Apakah Rancangan Akan Datang BateriHub?


BateriHub-200Stores-PR-5.jpg


BateriHub tidak bercadang untuk berhenti di sini sahaja. Dalam pelan strategik lima tahun mereka, beberapa sasaran besar telah ditetapkan:

  • Sabah & Sarawak: Dijangka mula menembusi pasaran Malaysia Timur menjelang Suku Ketiga (Q3) tahun ini.
  • Singapura: Pasaran ini telah mula dikaji sejak 2023 sebagai sebahagian daripada pelan penaklukan pasaran ASEAN.

Tag:

BateriHub
BateriHub ASEAN Records
Rekod ASEAN BateriHub
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto
LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto
Harga Petrol  Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah  Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Berita Auto
Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling

Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling

Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.

14-07-2026
Berita Auto
Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan  Akhir Tahun Nanti

Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti

Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.

13-07-2026
Berita Auto
Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan

Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan

Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.

12-07-2026