Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Cuti Raya Cina, Sekolah Bakal Berakhir, WCE Jangka 160,000 Kenderaan Sehari

Suhana Veru

Kongsi melalui



Photo-3.jpeg

Pemandangan dari atas di salah sebuah R&R WCE. Foto ihsan WCE.

Pihak Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan lebih awal memandangkan lebih 160,000 kenderaan diunjurkan sehari mulai Sabtu ini.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Strategik & Libat Urus WCE, Syed Mohammed Idid berkata, pihaknya menjangkakan kemuncak aliran trafik pulang akan berlaku antara 21 Februarihingga  22 Februari ini  apabila orang ramai mula kembali selepas tempoh cuti panjang.

"Jumlah trafik harian berpotensi untuk melebihi 160,000 kenderaan sehari, dengan kesesakan ketara dijangka akan berlaku dari pertengahan petang hingga lewat malam di laluan menghala masuk ke Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

"Berbeza dengan aliran keluar yang berperingkat pada awal musim perayaan, perjalanan pulangkali ini dijangka lebih padat susulan keperluan orang ramai untuk kembali kepada rutin harian menjelang hari-hari awal Ramadan," katanya.

Untuk itu, bagi mengelakkan kesesakan, beliau pengguna lebuh raya boleh merancang perjalanan lebih awal dan memuat turun Aplikasi WCE App bagi mendapatkan maklumat trafik masa nyata, paparan CCTV secara langsung serta info lebuh raya terkini.

Selain itu, bagi mereka yang mahu pulang ke ibu kota disarankan bertolak awal pada waktu pagi sekiranya berpeluang, bagi mengelakkan waktu puncak pada sebelah petang dan malam.

Tambah beliau, pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan: Periksa tahap minyak kenderaan, brek, tayar dan enjin sebelum memulakan perjalanan.

"Pengguna kenderaan elektrik (EV) boleh mengecas di stesen berkapasiti tinggi di jajaran Perak (Plaza Tol Trong, Plaza Tol Taiping Selatan) dan jajaran Selangor (Plaza Tol SAE, Plaza Tol Assam Jawa).

"Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi had laju, pakai tali pinggang keledar, kekal fokus dan elakkan memandu dalam keadaan mengantuk," jelasnya.

Beliau juga mengingatkan lorong kecemasan bukan lorong khas motosikal, sebaliknya khusus sepenuhnya untuk kegunaan kecemasan, termasuk pengurusan insiden, kenderaan rosak dan situasi tidak dijangka.

"Penyalahgunaan lorong ini boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain. Jika anda mahu berehat, terdapat  enam Kawasan Rehat & Rawat (R&R) WCE yang beroperasi sepenuhnya: R&R Sungai Nyiur (Arah Utara/Selatan), R&R Bukit Kapar (Arah Utara/Selatan), R&R Sijangkang dan R&R Johan Setia.

Photo-1-(1).jpeg

Salah sebuah R&R di WCE.

"Bagi mengelakkan kelewatan,  pastikan baki tol mencukupi: yang mana pengguna boleh tambah nilai kad Touch ‘n Go atau e-wallet melalui Kiosk Layan Diri (SSK) yang disediakan di semua 14 plaza tol," ujarnya

Sehubungan itu, sekiranya berlaku kecemasan atau memerlukan bantuan sepanjang perjalanan di WCE, pengguna lebuh raya boleh menghubungi talian Infoline WCE di 1700-81-6600 untuk bantuan segera.


Tag:

Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE)
Tahun Baharu Cina 2026
cuti sekolah
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Cuti Panjang: 150,000 Kereta Banjiri WCE Sehari

Nak Balik Kampung Guna WCE? Ini Tips 'Survival' Elak Jem & Mengantuk.

26-05-2026
Berita Auto

Sering Guna Lebuhraya WCE? Ini Aplikasi Wajib Ada Untuk Elak Jem & Kira Kadar Tol

Aplikasi WCE Dipertingkat: Siap Ada AI & CCTV Live Untuk Pantau Trafik Serta-Merta

25-05-2026
Berita Auto

Kesesakan Luar Biasa Sebab 160,000 Kenderaan Banjiri WCE Sehari

Aliran trafik di Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dijangka meningkat dengan 160,000 kenderaan sehari sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina.

13-02-2026
Berita Auto

Melaka Bakal Ada 6 Tol Baharu Sepanjang Jajaran WCE

Kerajaan Melaka akan membangunkan jajaran projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) sepanjang 69 kilometer merentasi Melaka, pada tahun depan

10-12-2025
Berita Auto

Penduduk Kg Jawa Diberi 2 Minggu Untuk Kosongkan Tapak Projek WCE

Kerajaan Selangor memberi tambahan dua minggu kepada penduduk 19 lot tanah di Kampung Jawa, Klang untuk mengosongkan tapak itu bagi memberi laluan kepada pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).

11-11-2025
Berita Auto

Perhatian: Laluan Ke Lebuhraya WCE Ditutup Sementara Bermula Esok

Beberapa laluan di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) akan ditutup dan dilencongkan sementara bersempena penganjuran Klang Royal City Marathon 2025 pada Ahad, 9 November.

07-11-2025
Berita Auto

MB Selangor Sahkan Isu WCE Kampung Jawa Bakal Selesai

Isu pembinaan Lebuhraya Pantai Barat (WCE) yang membabitkan 19 penduduk di Kampung Jawa, Klang bakal selesai dalam tempoh terdekat ini.

03-11-2025
Berita Auto

AMH Harap Pengambilan Tanah Untuk Projek WCE di Kampung Jawa Diselesai

AMH menggesa kerajaan menyelesaikan pengambilan tanah di Kampung Jawa, Klang dengan segera.

11-08-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026