Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Durian Runtuh: Neta V Semurah RM39,999

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

NETA V (2023) diperkenalkan ke pasaran tempatan pada harga atas jalan tanpa insurans serendah RM99,800 kini secara tiba-tiba ditawarkan semurah pada harga RM39,999.

Itulah situasi yang kini  menyelubungi Neta Auto Malaysia, dimana  satu-satunya pengedar yang masih beroperasi di Careplus Mall, Seremban, secara terbuka mengiklankan Neta V dengan harga RM39,999.

Ia menggambarkan seolah-olah pihak pengedar mahu  menghabiskan stok.  Hakikatnya, dengan unit yang terhad, harga yang amat rendah, perlindungan jaminan yang dikurangkan secara ketara serta klausa bayaran balik jika pembaikan tidak dapat dijalankan semuanya menunjukkan keadaan yang mendesak.

image.png

Hanya setahun lalu, keadaannya kelihatan sangat berbeza. Sepanjang tahun 2025, Neta berulang kali menyemak semula harga Neta V, menurunkannya daripada kedudukan asal RM100,000 kepada RM55,000 bagi unit dengan had perbatuan rendah.

Namun begitu, diskaun agresif tersebut sudah pun memberi bayangan bahawa Neta V tidak mendapat permintaan yang memberangsangkan.

Apapun, Neta V yang ditawarkan pada harga bawah RM40,000  bukanlah kereta demo atau terpakai, sebaliknya unit baharu keluaran 2024.

Keadaan ini jelas bercanggah dengan janji terdahulu yang menawarkan jaminan sehingga lapan tahun atau 180,000km untuk bateri dan motor, serta jaminan badan kenderaan selama 10 tahun.

Sebelum ini, Neta pernah menyifatkan penutupan bilik pameran Glenmarie sebagai sebahagian daripada langkah penstrukturan semula, namun tetap komited terhadap sokongan selepas jualan.




Gallery

Tag:

Neta Malaysia
Neta V
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Neta Malaysia Umum Penstrukturan Semula, Jamin Servis dan Waranti Tak Terjejas

Intro Synergy Sdn Bhd mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkembangan terkini melibatkan syarikat induknya dari China, Hozon Auto.

06-06-2025
EV

Neta V Terbakar Sepenuhnya Di Lebuhraya PLUS – Ini Punca Kejadian...

Sebuah kenderaan elektrik (EV) Neta V musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi Sabtu lalu di KM277.6 Lebuhraya PLUS arah utara.

11-11-2024
Berita Auto

Bilik Pameran Flagship Pertama Neta Kini Dibuka Di Ampang, KL

Di sebalik pelancaran bilik pameran NETA Auto Flagship di Ampang, pihak Neta turut menyerahkan 50 unit pertama NETA kepada pelanggan di Malaysia.

29-10-2024
Kereta Baru

Neta X: Ada 3 Varian, Harga Bermula Dari RM119K

Ada tawaran menarik bagi yang menempah Neta X bermula dari hari ini hingga 31 Julai 2024.

25-07-2024
Kereta Baru

SUV Elektrik, Neta X Kini Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, Dari RM119,900

Intro Synergy Sdn Bhd (ISSB) telah melancarkan Neta X di Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024). Ini yang menarik...

22-05-2024
EV

Neta X Akan Dipamerkan di Malaysia Autoshow 2024 – 500KM Sekali Cas, Anggaran dari RM125K

Neta Malaysia mengesahkan bahawa model baharu, Neta X bakal membuat kemunculan sulungnya di negara ini semasa Malaysia Autoshow 2024.

05-05-2024
EV

Jangan Beli Kereta Lagi, Tunggu Neta Aya! Mesti Murah

Neta Malaysia mengesahkan bahawa pihaknya akan mendedahkan dua model terbaharunya pada tahun ini.

18-04-2024
EV

Neta Malaysia Tawar Waranti SEUMUR HIDUP & Program Kesetiaan

Intro Synergy Sdn Bhd (ISSB), pengedar rasmi kenderaan Neta di Malaysia, baru-baru ini telah melancarkan Waranti Seumur Hidup serta Program Kesetiaan.

18-04-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Raba Penumpang, Lesen Pemandu Grab Dibatalkan

Loke telah mengarahkan JPJ membatalkan lesen pemandu Grab terbabit.

03-02-2026
Berita Auto

Mitsubishi Xforce Dipasang Di Pekan, 800 Unit Dijangka Dihantar Pada April Ini

Pengeluaran Mitsubishi Xforce sudah pun dijalankan secara besar-besaran di kilang pemasangannya yang terletak di Pekan, Pahang.

03-02-2026
Berita Auto

Isuzu Malaysia Terus Kebal! Dominasi 56% Pasaran Trak Komersial

Di sebalik trend permintaan yang semakin berkurang terhadap kenderaan diesel, Isuzu Malaysia membuktikan jenamanya tetap menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

03-02-2026
Berita Auto

Tahniah, Petronas Buka Lebih 60 Stesen Minyak Di Brazil

PETRONAS telah membuka lebih 60 stesen minyak berjenama PETRONAS di Brazil, sekali gus terus mengukuhkan jenama Malaysia di persada antarabangsa.

03-02-2026
Berita Auto

Mangsa Kemalangan Maut, Tercampak Ke Dalam Lubang Pembentung

Seorang pelajar tingkatan dua maut selepas motosikal yang dinaiki bersama abangnya terjatuh ke dalam lubang pembetung.

03-02-2026
Berita Auto

Sasaran Tahun Ini: Proton Hasrat Jual 200,000 Unit Kenderaan

Proton meletakkan sasaran jualan sebanyak 200,000 unit pada tahun ini.

02-02-2026
Berita Auto

China 'Gila Kuasa'! Lebih 20 Juta Pengecas EV Disediakan, Sasar 28 Juta Lagi

Kelajuan China dalam membina infrastruktur kenderaan elektrik (EV) sukar dicabar oleh mana-mana pasaran dunia.

02-02-2026
Berita Auto

Durian Runtuh: Neta V Semurah RM39,999

Neta V kini dijual pada harga RM39,999.

02-02-2026