Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Honda Malaysia Bakal Lancar 6 Model Baharu Tahun Ini, Adakah Mungkin Prelude?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Honda Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya akan melancarkan sekurang-kurangnya enam model baharu ke pasaran Malaysia pada tahun ini.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut didedahkan mengenai enam model yang dimaksudkan itu.

Sebaliknya, Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Narushi Yazaki menyifatkan bahawa pihaknya akan memperluaskan model hibrid dengan kuasa e:HEV termasuk teknologi teknologi S+ Shift.

“Pengenalan teknologi S+ Shift  adalah contoh jelas hala tuju ini yang mana ia memberikan hubungan kereta dengan pemandu yang lebih baik serta memberikan setiap perjalanan lebih dinamik dan memberikan kepuasan, menunjukkan apa Honda buat berbeza, untuk semua orang yang suka memandu,” katanya pada majlis sambutan Tahun Baru Cina bersama media di ibu negara semalam.

Teknologi S+ Shift ini membolehkan pemandu pembuat pertukaran gear maya tidak ubah seperti kotak gear sebenar, selain boleh menggunakan pedal penukar gear.  Sistem S+ Shift ini diinspirasikan daripada kaedah kawalan transmisi DCT sembilan kelajuan yang digunakan pada supercar NSX generasi kedua.

Bagi meningkatkan pengalaman pemanduan, Honda turut menambah bunyi enjin tiruan untuk memberikan lebih keseronokan seolah-olah memandu kenderaan berprestasi tinggi.

Teknologi S+ Shift bukan sahaja eksklusif untuk model Prelude, tetapi dijangka akan diperluaskan kepada model e:HEV generasi akan datang.

image.pngimage.png

Setakat ini, apa yang diketahui penulis adalah teknologi S+ Shift ini disumbat pada EV Honda Super One. Model ini hanya dijual di Jepun dan ia sudah pun diuji di Malaysia. Jadi, ada kemungkinan enam model yang dimaksudkan itu juga akan membabitkan EV Honda Super One.

Selain EV Honda Super One, Honda ZR-V juga dikatakan mungkin antara enam model yang akan dipasarkan nanti di Malaysia.

Untuk makluman, Honda ZR-V ditawarkan di beberapa negara seperti Jepun, Amerika Syarikat dan China.

ZR-V adalah singkatan kepada ‘Z Runabout Vehicle’, yang merujuk kepada Generasi Z.

image.png

Ia didatangkan dengan dua pilihan enjin yang pertama ialah  enjin 1.5 liter turbo 4-silinder yang menghasilkan kuasa 176hp @ 6,000rpm dan tork 240Nm @1,700 – 4,500rpm bersama transmisi CVT.

Kedua adalah trenkuasa e:HEV hibrid menerusi enjin 2.0 liter Atkinson berkuasa 139hp @ 6,000 rpm dan tork 182Nm @ 4,500 rpm. Sementara, motor elektriknya menghasilkan kuasa 181hp dan tork 315Nm bersama transmisi e-CVT.

Bercakap dengan beberapa sumber dalaman, Carz.com.my juga boleh mengesahkan bahawa model MPV Stepwgn generasi keenam terbaharu turut tersenarai antara enam model baharu yang dirancang. MPV berbentuk kotak itu  sebenarnya sudah pun dijual di Thailand.

Di Thailand, Stepwgn ditawarkan dengan rangkaian kuasa hibrid petrol-elektrik e:HEV jenama H, iaitu sistem yang turut dikongsi bersama Civic dan CR-V versi elektrifikasi, menampilkan enjin asas petrol 2.0 liter empat silinder.

Difahamkan, ia menjadi pilihan popular dalam pasaran import recon dimana ia menjadi  model rasmi Honda Malaysia lengkap dengan jaminan rasmi serta sokongan selepas jualan berpotensi mencetuskan perubahan dalam segmen pasaran tersebut.

Sudah tentu, kita boleh menjangkakan versi Stepwgn untuk pasaran Malaysia akan mencerminkan spesifikasi yang ditawarkan di Thailand. 

Begitupun, selebih dua model masih samar. Apapun, kita tunggu pengumuman seterus Honda Malaysia nanti!

Gallery

Tag:

Honda Malaysia
Honda Prelude
Honda ZR-V
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Legenda Kini Kembali! Honda Prelude Serba Baharu Rasmi Di Malaysia, Ada DNA Type R, Harga RM278k

Lupakan Sekejap Civic, Honda Prelude Generasi Ke-6 Dah Tiba Di Malaysia! Apa Yang Best Sangat?

12-06-2026
Berita Auto

Honda Malaysia Perkukuh Dominasi Hibrid; Model e:HEV Kini Dilindungi Jaminan 10 Tahun

Bukan Untuk Model Baharu Sahaja, Pemilik Honda Jazz & City Hybrid Lama Turut Dapat Lanjutan Waranti!

04-05-2026
Kereta Baru

Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?

Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?

16-04-2026
Berita Auto

Kereta Honda Laku Keras, Ini Pula Sasaran CEO Honda Malaysia Tahun Ini

Honda Malaysia meletakkan sasaran untuk menjual sebanyak 60,000 unit kereta pada tahun ini.

11-02-2026
Kereta Baru

Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900

Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25, Honda Malaysia (HM) mengumumkan syarikatnya itu kini menawarkan versi khas, CR-V Dual-Tone Edition, eksklusif untuk CR-V generasi keenam varian E dan V.

13-11-2025
Berita Auto

Honda Malaysia, KTMB Jalin Kerjasama Untuk Sediakan Mobiliti Lestari Pada Persidangan ASEAN Railways Ke-45

Honda Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bertindak sebagai Rakan Rasmi Pengangkutan Kereta bagi Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Kereta Api ASEAN (ARCEOs’) ke-45.

09-09-2025
Berita Auto

SST Tidak Jejas Harga – Honda Malaysia

CEO Honda Malaysia, Narushi Yazaki, berkongsi kenyataan penting berkaitan isu pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperluas.

18-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026