- Berita
- Berita Auto
- Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Nampaknya kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu, berkata cadangan pindaan itu dibuat memandangkan Pihak Berkuasa Tempatan tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan di dalam kawasan strata persendirian melainkan terdapat permohonan rasmi atau kerjasama daripada Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC).
"Kita melihat kepada cadangan pindaan kepada peruntukan tertentu dalam Akta 333 bagi memperluas kuasa pelaksanaan kepada semua kategori PBT serta skop kawasan yang boleh dikuatkuasakan.
"JMB dan MC tertakluk sepenuhnya di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 serta Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Pengurusan dan Penyelenggaraan) 2015. Mereka mempunyai kuasa penuh serta tanggungjawab undang-undang untuk mengurus dan mengawal selia kawasan hak milik bersama termasuk isu kenderaan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan Azli Yusof (PH-Shah Alam) mengenai langkah kementerian untuk menggubal undang-undang kecil bagi membolehkan PBT mengambil tindakan terhadap kenderaan terbiar di kawasan kediaman berstrata.
LAPORAN BERITA HARIAN.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

