Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kereta Honda Laku Keras, Ini Pula Sasaran CEO Honda Malaysia Tahun Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Honda Malaysia meletakkan sasaran untuk menjual sebanyak 60,000 unit kereta pada tahun ini.

Sasaran ini dilihat lebih rendah biarpun Honda berjaya menjual sebanyak 72,301 kereta pada tahun lepas .

image.png

Buat masa ini, strategi Honda Malaysia adalah menawarkan pengalaman ‘Fun to Drive’.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia,  Narushi Yazaki berkata, “Semangat ‘Fun to Drive’ mencerminkan komitmen pihaknya dalam menghasilkan kenderaan yang mampu berhubung dengan pelanggan pada tahap emosi. 

"Kami ingin menegaskan bahawa kereta Honda bukan sekadar alat pengangkutan.

"Ia adalah tentang hubungan yang dirasai apabila seseorang melangkah masuk ke dalam kenderaan; kegembiraan yang terhasil daripada pengalaman pemanduan yang datang secara semula jadi.  Ciri inilah yang telah diterapkan oleh Honda dalam setiap model sejak awal penubuhannya," katanya pada Majlis Makan Malam Bersama Media Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina di ibu negara semalam.

Seiring dengan komitmen ini, tambahnya, pihaknya sudah bersedia untuk terus mengujakan pasaran dengan memperluaskan rangkaian model e:HEV, sekali gus membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia merasai prestasi seimbang dan mengujakan hasil teknologi hibrid canggihnya.

Sebagai perintis dalam bidang ini sejak tahun 2004, pendekatan ini membuktikan usaha berterusan Honda Malaysia dalam membangunkan teknologi hibrid yang cekap, boleh dipercayai dan berorientasikan prestasi, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai peneraju global yang dipercayai dalam mobiliti elektrik.

Katanya, Honda Malaysia sentiasa mengkaji dan menjangka perubahan corak permintaan bagi memastikan ia kekal selari dengan realiti pasaran, disokong oleh pangkalan pelanggan yang luas dan aktif yang telah dibina selama bertahun-tahun.

Selain pemilikan kenderaan, Honda Malaysia turut komited untuk membina hubungan jangka panjang dengan para pelanggan.

"Syarikat sedang memperkukuh operasi pengedar serta memberi penekanan lebih besar terhadap peningkatan perkhidmatan jualan dan selepas jualan. Inisiatif-inisiatif utama ini dirangka bagi menyediakan pengalaman pemilikan yang lancar," jelasnya.

Sehubungan itu, Honda Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pelanggan atas kepercayaan dan sokongan berterusan mereka.

Seiring jenama ini melangkah ke tahun 2026 dengan semangat “Challenging Spirit”, Honda Malaysia memberi jaminan untuk mengekalkan standard kualiti tertinggi merangkumi produk dan perkhidmatannya, sambil terus menyediakan kegembiraan serta kebebasan mobiliti untuk semua


Gallery

Tag:

Honda Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

KLIMS 2026: Legenda Kini Kembali! Honda Prelude Serba Baharu Rasmi Di Malaysia, Ada DNA Type R, Harga RM278k

Lupakan Sekejap Civic, Honda Prelude Generasi Ke-6 Dah Tiba Di Malaysia! Apa Yang Best Sangat?

12-06-2026
Berita Auto

Honda Malaysia Perkukuh Dominasi Hibrid; Model e:HEV Kini Dilindungi Jaminan 10 Tahun

Bukan Untuk Model Baharu Sahaja, Pemilik Honda Jazz & City Hybrid Lama Turut Dapat Lanjutan Waranti!

04-05-2026
Kereta Baru

Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?

Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?

16-04-2026
Berita Auto

Honda Malaysia Bakal Lancar 6 Model Baharu Tahun Ini, Adakah Mungkin Prelude?

Honda Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya akan melancarkan sekurang-kurangnya enam model baharu ke pasaran Malaysia pada tahun ini.

11-02-2026
Kereta Baru

Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900

Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25, Honda Malaysia (HM) mengumumkan syarikatnya itu kini menawarkan versi khas, CR-V Dual-Tone Edition, eksklusif untuk CR-V generasi keenam varian E dan V.

13-11-2025
Berita Auto

Honda Malaysia, KTMB Jalin Kerjasama Untuk Sediakan Mobiliti Lestari Pada Persidangan ASEAN Railways Ke-45

Honda Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bertindak sebagai Rakan Rasmi Pengangkutan Kereta bagi Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Kereta Api ASEAN (ARCEOs’) ke-45.

09-09-2025
Berita Auto

SST Tidak Jejas Harga – Honda Malaysia

CEO Honda Malaysia, Narushi Yazaki, berkongsi kenyataan penting berkaitan isu pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperluas.

18-07-2025
Kereta Baru

Honda HR-V 2025 Facelift Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM115,900

Honda Malaysia secara rasmi memperkenalkan Honda HR-V 2025 facelift untuk pasaran tempatan.

17-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling

Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.

14-07-2026
Berita Auto

Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti

Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.

13-07-2026
Berita Auto

Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan

Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.

12-07-2026