Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tahun Baharu Cina: 3.27 Juta Kereta Banjiri Lebuhraya, Rancang Perjalanan Anda!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Bagi yang merancang untuk balik kampung atau bercuti pada hujung minggu ini, anda dinasihatkan merancang perjalanan anda memandangkan 3.27 juta bakal menggunakan lebuh raya utama seluruh negara sempena sambutan Tahun Baharu Cina kali ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, peningkatan trafik dijangka bermula seawal Jumaat ini, khususnya bagi pergerakan kenderaan menuju ke arah utara, selatan dan Pantai Timur.

Jumlah trafik yang menggunakan lebuh raya utama dan lebuh raya sambungan ke lebuh raya utama mampu mencapai 3.27 juta kenderaan pada hari puncak sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada Selasa dan Rabu depan.

"Berdasarkan unjuran trafik, lebuh raya di bawah Kumpulan PLUS mencatatkan anggaran tertinggi dengan 2.2 juta kenderaan, diikuti Lebuhraya KL-Karak dengan 210,000 kenderaan.

image.png

"Selain itu, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) diunjurkan menerima 90,000 kenderaan, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dengan 40,000 kenderaan dan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) sebanyak 160,000 kenderaan," menurut kenyataan itu.

Bagi lebuh raya sambungan, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) diunjur menerima 275,000 kenderaan, Lebuhraya Kuala Lumpur Kuala Selangor (LATAR) dengan 145,000 kenderaan, manakala Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS) sebanyak 150,000 kenderaan, menjadikan jumlah keseluruhan 3.27 juta kenderaan.

Maklumat trafik semasa serta sebarang insiden boleh diperoleh menerusi media sosial rasmi LLM, aplikasi X dan TikTok, atau menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1 800 88 7752.

Gallery

Tag:

Malaysian Highway Authority (LLM)
East Coast Highway Phase 1 (LPT1)
Kajang-Seremban Expressway (LEKAS)
Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

RXZ Members Minta LPT Tutup Seketika?

Penganjur RXZ Members Perjelas Isu Tutup LPT.

18-08-2026
Berita Auto

Lautan Kenderaan: 2.8 Juta Kenderaan Serbu KL Hari Ini

2.8 juta kenderaan di lebuh raya dijangka masuk ke pusat bandar hari ini.

24-03-2026
EV

Tak Sempat Habis Kopi, Bateri Dah 60%! Gentari Lancar Pengecas 200kW Di Penchala Link

Pengguna Kenderaan Elektrik (EV) boleh menarik nafas lega kerana anda tidak perlu menunggu berjam-jam untuk mengecas kenderaan elektrik (EV) memandangkan Gentari dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah melancarkan hab pengecas kenderaan elektrik (EV) antara bandar berkelajuan tinggi

06-03-2026
Berita Auto

Cuti Panjang, Aliran Trafik Di Karak Masih Steady, Utara, Selatan Mula Sesak

Aliran trafik di beberapa lebuh raya terutamanya menuju ke selatan dan utara mula bergerak perlahan di beberapa kawasan petang ini.

30-01-2026
Berita Auto

Cuti Tahunan Habis: Semua Lebuh Raya Sesak Teruk Sejak Malam Tadi

Rata-rata pengguna lebuh raya mengeluh apabila terperangkap dalam kesesakan teruk di semua lebuh raya utama sejak malam tadi.

29-12-2025
Berita Auto

Esok Cuti Krismas, Aliran Trafik Mula Perlahan

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama seluruh Semenanjung Malaysia bergerak perlahan.

24-12-2025
Berita Auto

Deepavali, Sidang Kemuncak ASEAN: Jalan Raya Tidak Boleh Ditutup, Dibaiki

Jalan raya tidak boleh ditutup atau diselenggara sempena Deepavali dan Sidang Kemuncak ASEAN.

17-10-2025
Berita Auto

Deepavali: 800,000 Kereta Dijangka Masuk Negeri Sembilan

Polis menjangka sebanyak 800,000 kenderaan akan memasuki Negeri Sembilan sempena perayaan Deepavali yang akan disambut pada 20 Oktober ini.

13-10-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026