Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bahang Melampau, Cermin Kereta Retak Sekelip Mata

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png


Niat hati mahu fokus pada urusan perniagaan, namun lain pula jadinya apabila seorang pengasas kedai komputer, Abdul Rahman Mohd Jamadi, 29, berdepan detik cemas melihat cermin belakang keretanya hancur meretak, dipercayai akibat cuaca panas melampau.

Kejadian yang berlaku di Bandar Baru Uda, Johor Bahru itu dikongsikan oleh Abdul Rahman menerusi akaun TikToknya, @amanjamadi, sehingga tular dan mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pemilik kenderaan lain.

Kronologi Kejadian: "Ingat Benda Mustahil, Rupanya Terjadi..."

Menurut Abdul Rahman, kejadian tersebut disedari ketika dia dalam perjalanan untuk menghadiri satu mesyuarat penting. Keretanya sebelum itu diletakkan tepat di hadapan premis perniagaannya sendiri.

"Masa nak pergi mesyuarat, saya tengok cermin belakang sudah retak teruk. Memang tak sangka cermin kenderaan boleh jadi macam itu hanya disebabkan faktor cuaca," katanya.

Beliau mengesyaki fenomena 'thermal shock' menjadi punca utama. Perbezaan suhu drastik antara kedinginan penyaman udara di dalam kabin dan bahang matahari yang membakar di luar mengakibatkan tekanan melampau pada struktur kaca.

Insurans Jadi Penyelamat Poket

Meskipun nilai kerugian dianggarkan mencecah RM3,000, Abdul Rahman menarik nafas lega selepas menyedari polisi insurans kenderaannya turut melindungi kerosakan cermin.

"Alhamdulillah, saya ada ambil perlindungan insurans cermin. Mulanya saya ingat tak boleh tuntut, tapi lepas baca komen netizen, baru saya tahu insurans sebenarnya cover cermin depan dan belakang," tambahnya lagi.

Tips Elak Kejadian Berulang

Susulan kejadian pahit itu, Abdul Rahman sempat menitipkan pesanan buat orang ramai agar lebih berwaspada dengan keadaan cuaca sekarang:

  • Turunkan Sedikit Tingkap: Tinggalkan sedikit ruang udara (sekitar 1-2cm) supaya haba di dalam kereta tidak terperangkap.

  • Semak Polisi Insurans: Pastikan anda menambah perlindungan cermin (windscreen cover) setiap kali memperbaharui insurans kenderaan.

Gallery

Tag:

cermin kereta
bahang matahari
thermal shock
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling

Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.

14-07-2026
Berita Auto

Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti

Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.

13-07-2026
Berita Auto

Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan

Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.

12-07-2026