Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ingat Boleh Berjimat, Sekali Harga Diesel Pula Melompat RM4.72 Seliter

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kegembiraan rakyat Malaysia untuk pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri sedikit teruji apabila harga diesel di Semenanjung Malaysia dilaporkan melonjak sebanyak 80 sen, menjadikan harga baharu RM4.72 seliter bermula tengah malam ini.

Kenaikan daripada RM3.92 seliter itu diumumkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) berikutan pergerakan harga pasaran global yang tidak menentu. Bagaimanapun, disebalik berita duka buat pengguna diesel peribadi, ada "berita lega" buat pengguna petrol dan sektor pengangkutan awam.

RON95 Subsidi Kekal RM1.99 

Bagi mengelakkan tekanan kos tambahan kepada jutaan rakyat yang akan memulakan perjalanan esok, kerajaan mengambil langkah proaktif:

  • RON95 (Subsidi BUDI 95): Kekal pada RM1.99 seliter.

  • RON95 (Tanpa Subsidi): Dikekalkan pada RM3.27 seliter untuk memastikan kelancaran cuti perayaan.

  • RON97: Kekal pada harga RM4.55 seliter.

  • Diesel (Sabah & Sarawak): Kekal pada RM2.15 seliter.

Sektor Logistik & Bas Ekspres Masih Dilindungi

Berita baik buat pengguna pengangkutan awam dan peniaga; lebih 400,000 kenderaan komersial termasuk bas ekspres, teksi, lori, dan treler tidak akan terkesan secara mendadak.

Melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) dan Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS), kos logistik akan kekal stabil bagi memastikan harga barang tidak naik secara melulu di musim perayaan ini.

Antara Yang Terendah Di Rantau Ini

Walaupun berdepan kenaikan harga minyak global, harga bahan api di Malaysia masih dikategorikan antara yang terendah di Asia Tenggara hasil langkah Kerajaan Madani yang terus mengekalkan sebahagian subsidi demi melindungi kebajikan rakyat.

Gallery

Tag:

Diesel
Kementerian Kewangan (MOF)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Baik! Harga Diesel Turun RM2.10 Mulai Julai

Berita Baik! Harga Diesel Turun RM2.10 Mulai Julai

Diesel Turun RM2.10: Hanya Untuk Pemegang MyKad Mulai Julai.

22-06-2026
Berita Auto
Sana Sudah Gencatan Senjata, Sini Harga Minyak Makin 'Membara'. Ini Penjelasannya
Gaya Hidup

13-12-2023
Berita Auto

26-07-2023
Berita Auto

07-03-2023
Berita Auto

21-12-2022
Berita Auto

14-12-2022
Berita Auto

30-11-2022

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026