Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kenaikan Tambang Bas 10% Diluluskan Kerajaan, 40,000 Tiket E-Mutiara Tetap Jadi Rebutan Perantau.

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Deretan bas e-Mutiara. - Gambar Hiasan.

Fenomena pulang ke kampung  di Kelantan nampaknya luar biasa tahun ini memandangkan syarikat pengendali bas ekspres terkemuka, E-Mutiara, mengesahkan sebanyak 40,000 tiket perjalanan telah habis terjual sepenuhnya sebelum bermulanya bulan puasa.

Pengerusi Eksekutifnya, Che Ibrahim Che Ismail berkata, jualan tersebut melibatkan tempoh perjalanan puncak selama lapan hari bermula 13 hingga 20 Mac ini.

image.pngChe Ibrahim menyampaikan ucapan Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat – Konsortium E-Mutiara Hulur Kasih Seikhlasnya di Ibu Pejabat Konsortium E-Mutiara Berhad, Panji, semalam. - Foto Ihsan: Konsortium E-Mutiara Berhad.

"Permintaan tertinggi dicatatkan bagi perjalanan dari Lembah Klang ke Kelantan iaitu sebanyak 3,051 trip direkodkan sepanjang tempoh puncak berkenaan," katanya.

Rancang Tambah 10 Bas Lagi

Bagi memastikan para penumpang  sampai ke destinasi dengan selesa, E-Mutiara telah mengambil langkah proaktif:

Penambahan bas: Syarikat sedang merancang menambah  10 buah bas lagi.

Kenapa Harga Tiket Naik 10%?

Kenaikan tambang bas 10% bukan dibuat secara sewenang-wenangnya tetapi disebabkan  oleh pelaksanaan caj musim perayaan yang dibenarkan oleh kerajaan

Bagi mengimbangi kos operasi yang tinggi serta corak perjalanan "sehala" (bas penuh ke Kelantan tetapi kosong ketika balik ke KL) sepanjang musim perayaan, E-Mutiara mengesahkan pelaksanaan kenaikan harga tiket sebanyak 10 peratus.

Kenaikan ini bukanlah dibuat sesuka hati, sebaliknya telah diluluskan oleh pihak kerajaan bagi memastikan kelangsungan operasi pengangkutan awam dalam memberikan perkhidmatan terbaik ketika permintaan memuncak.

Hulur Sumbangan

Terdahulu, Che Ibrahim menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat kepada lebih 300 penerima di kalangan warga Panchor, Sabak serta anak-anak yatim dari Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Darul Aitam dan Yayasan Anak-Anak Yatim Kelantan (YAATIM) Taman Sabariah.

Pihak syarikat berharap agar sumbangan yang disampaikan dapat memberi sedikit kegembiraan kepada para penerima serta terus mengeratkan hubungan antara syarikat dan komuniti setempat.
Konsortium E-Mutiara Berhad komited untuk terus melaksanakan inisiatif kebajikan seperti ini sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat.




Gallery

Tag:

e Mutiara
tiket bas
Hari Raya
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Aidilfitri 2025: Ada Syarikat Bas Naikkan Harga Tambang, Lesen Akan Dibatalkan?

Menjelang musim perayaan Aidilfitri, Kementerian Pengangkutan memberi amaran keras kepada syarikat bas ekspres yang didapati menaikkan tambang kategori ekonomi secara tidak sah.

19-03-2025
Berita Auto

Semua 230K Tiket Bas TBS ke Pantai Timur Dah Habis!

Semua 230,000 tiket bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Pantai Timur telah habis dijual.

03-04-2024
Berita Auto

Puspakom Tutup Bermula 9 April Ini Sempena Aidilfitri – Sila Buat Penjadualan Semula

Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) akan ditutup bermula 9 April 2024.

07-04-2024
Berita Auto

TULAR: Ular Sawa Terjatuh Dari Kereta Aruz, Nasib Tak Kena Lilit

Pemandu terkejut lihat ular sawa terjatuh dari Aruz.

29-04-2023
Berita Auto

ANIH Cadang Waktu Perjalanan, Sebab Ramai Belum Balik

Masih ramai yang belum pulang ke ibu kota.

25-04-2023
Berita Auto

Aidilfitri: Nak Balik Kampung Guna KLK, LPT1? Rujuk Jadual Perjalanan, Kalau Tak, Habis Kaki Cramp

Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad hari ini mengeluarkan cadangan waktu perjalanan untuk pengguna lebuh raya laluan Pantai Timur

17-04-2023
Berita Auto

Lelaki Bakar Mercun Tepi MRR2 Sudah Dicekup Polis, Tak Pasal Naik Mahkamah

Seorang lelaki tular di Facebook gara-gara tindakannya membakar mercun di tepi Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhadapan Petronas Lotus Ampang, Kuala Lumpur.

17-04-2023
Berita Auto

Iklan Raya Proton, Diinsipirasikan Kisah Sebenar Sarjan Ismail

Sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri, Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) menampilkan sebuah iklan raya yang mengetengahkan kisah Sarjan Ismail Jaafar dari Pulau Pinang yang mencipta nama Saga pada tahun 1984.

17-04-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula

PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.

15-05-2026
Berita Auto

JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000

Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!

15-05-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.

14-05-2026
Berita Auto

Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!

Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!

14-05-2026