Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Boleh Ke Guna MyKad Mak Ayah Beli RON95? JPN Akhirnya Tampil Perbetul Salah Faham

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Rupa-rupanya ramai yang salah faham dengan pembelian RON95 bersubsidi dengan menggunakan MyKad ahli keluarga masing-masing menyebabkan Jabatan Pendaftaran Negara tampil membuat penjelasan dengan terperinci.

JPN menegaskan tiada sekatan untuk rakyat menggunakan kad pengenalan bagi memanfaatkan subsidi di bawah inisiatif BUDI95, selagi ia dibuat mengikut peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa.

image.png

Memperbetulkan kenyataan asal dikeluarkan Ketua Pengarah JPN, Datuk Badrul Hisham Alias pada Sabtu berhubung penyalahgunaan kad pengenalan, JPN berkata, ia berkait siasatan terhadap penyalahgunaan empat MyKad oleh individu selain pemiliknya.

Katanya, tindakan diambil selaras dengan bidang kuasa JPN dalam menguatkuasakan undang-undang berkaitan dokumen pengenalan diri.

"Dalam konteks kes yang dilaporkan, siasatan tertumpu kepada dakwaan penyalahgunaan empat keping MyKad oleh seorang individu di Kelantan.

"Kenyataan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara bukan bertujuan menyekat mana-mana pihak daripada menikmati subsidi yang disediakan kerajaan.

"JPN juga akan terus komited memastikan MyKad yang dikeluarkan berfungsi dengan baik sebagai instrumen pengenalan diri yang sah dan diyakini, termasuk dalam menyokong pelaksanaan inisiatif kerajaan seperti BUDI95," katanya dalam satu kenyataan.

Untuk itu, JPN menggesa semua pihak merujuk kepada sumber rasmi dan memahami konteks sebenar sesuatu isu sebelum membuat sebarang tafsiran.

Sehubungan itu, orang ramai turut diseru agar menggunakan MyKad masing-masing dengan penuh tanggungjawab dan tidak menyerahkannya kepada pihak lain bagi sebarang urusan, termasuk berkaitan pembelian bahan api bersubsidi bagi mengelakkan implikasi undang-undang serta risiko penyalahgunaan identiti.

Terdahulu, pada Sabtu, Badrul Hisham memberitahu, siasatan akan dijalankan terhadap individu yang ditahan kerana menyalahgunakan atau memiliki MyKad orang lain secara tidak sah bagi mendapatkan petrol dan diesel.

Beliau merujuk beberapa kes membabitkan pemandu yang didapati memiliki kad pengenalan orang lain ketika membeli bahan api direkodkan, termasuk di Kelantan.


-SUMBER HARIAN METRO-


Gallery

Tag:

BUDI95
JPN
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kurang 1% Pengguna Guna Petrol Lebih 200 Liter Sebulan

Kurang satu peratus daripada kira-kira 14 juta pengguna yang berdaftar di bawah sistem Budi Madani Ron95 (Budi95) menggunakan lebih 200 liter petrol RON95 sebulan.

25-06-2026
Berita Auto

Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.

01-06-2026
Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Gaya Hidup

Jangan Sampai Minyak Habis, Hubungan Pun 'Kering'

Jangan Panggil Dia Kedekut: Kisah Benar Di Sebalik Tangki Minyak Yang Makin Kurang.

19-05-2026
Berita Auto

Isu Klasifikasi Baharu 'T15/T20' Hangat Diperkatakan, Ini Penjelasan Sebenar Menteri Kewangan II

Kecoh isu minyak untuk T20, kerajaan tampil beri jawapan sebenar!

18-05-2026
Berita Auto

BUDI95 150 Seliter Sebulan: Ini Kata Menteri

Timbalan Menteri Kewangan menjelaskan bahawa pihaknya tidak membuat sebarang pengumuman atau dasar baharu bagi pihak kerajaan termasuk had 150 liter subsidi bagi program Budi95.

12-05-2026
Berita Auto

Kuota RON95 Mungkin Turun Ke 150 Liter

Kuota RON95 Mungkin Turun ke 150 Liter: 80% Rakyat Malaysia Tidak Terkesan?

12-05-2026
Berita Auto

Adakah T20 Akan Bayar Harga Pasaran Untuk RON95? Semuanya Sedang Diteliti

Kerajaan mula kaji semakan subsidi petrol! RON95.

11-05-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026