Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Tular di media sosial foto memaparkan notis “Maaf, pam ini kehabisan bekalan RON95 buat sementara waktu” di beberapa stesen minyak Shell.

Situasi ini nyata mencetuskan sedikit keresahan dalam kalangan pengguna jalan raya, terutamanya mereka yang sedang merancang perjalanan jauh.

Menyedari kebimbangan orang ramai, Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status bekalan bahan api dalam rangkaian stesen mereka.

Permintaan Tinggi, Bukan Krisis Bekalan

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan, Shell Malaysia memberi jaminan bahawa mereka kini meletakkan keutamaan tertinggi bagi memastikan kesinambungan bekalan bahan api di seluruh rangkaian stesen mereka, selaras dengan pengumuman terkini pihak kerajaan.

Pihak syarikat mengakui bahawa terdapat peningkatan permintaan di beberapa lokasi, yang mungkin menyebabkan gangguan bekalan sementara.

“Mungkin terdapat peningkatan permintaan sementara, yang mengakibatkan kekurangan bahan api secara sementara di beberapa stesen. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami oleh pelanggan,” jelas kenyataan tersebut.

Tular RON95 Habis

Terdahulu, tular di media sosial aduan daripada pengguna berhubung ketiadaan bekalan petrol RON95 di beberapa stesen milik Shell.

Terdapat notis diletakkan pada nozel RON95 ‘Maaf pam ini kehabisan bekalan RON95 untuk sementara waktu’ sekali gus mereka tidak boleh mengisi minyak tersebut pada kenderaan masing-masing.


Gallery

Tag:

SHELL
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Teknologi
Ada Berita Baik Buat Pengguna Shell, Kini Shell Ada App

Ada Berita Baik Buat Pengguna Shell, Kini Shell Ada App

Shell Malaysia lancar aplikasi mudah alih Shell App

22-08-2023
Berita Auto
Kini Boleh Bayar Minyak Guna Touch 'n Go RFID Di Shell

Kini Boleh Bayar Minyak Guna Touch 'n Go RFID Di Shell

Touch ‘n Go Group dan Shell Malaysia telah merasmikan pengisian petrol tanpa tunai.

11-08-2022
Berita Auto
3X Mata Ganjaran, Diskaun Shell Dan Sebagainya Bila Anda Tingkatkan Keahlian, Ini Caranya…
Berita Auto
Shell Malaysia Bantu Kembangkan Produk Pengusaha SME

Shell Malaysia Bantu Kembangkan Produk Pengusaha SME

Shell Malaysia mengumumkan pihaknya bakal menawarkan lebih banyak produk termasuk produk terpilih daripada 29 peserta program di bawah program Realisasi Impianmu Bersama Shell di Shell Select.

13-09-2021
Berita Auto
Kemenangan Bersejarah Dunia! Shell Diperintah Mengurangkan Pembebasan Karbon Dioksida! Ini Pejuangnya...

Kemenangan Bersejarah Dunia! Shell Diperintah Mengurangkan Pembebasan Karbon Dioksida! Ini Pejuangnya...

Syarikat minyak gergasi dunia, Shell, bertanggungjawab atas perubahan suhu dan iklim dunia.

17-06-2021
Berita Auto
Jaringan Pengecasan EV Berprestasi Tinggi Pertama oleh Porsche Asia Pacific dan Shell untuk Perjalanan dari Singapura hingga Penang!

Jaringan Pengecasan EV Berprestasi Tinggi Pertama oleh Porsche Asia Pacific dan Shell untuk Perjalanan dari Singapura hingga Penang!

Porsche Asia Pacific dan Shell telah mengumumkan kerjasama untuk mewujudkan rangkaian pengecasan EV berprestasi tinggi yang pertama di rantau Asia Tenggara

01-04-2021

Berita Terkini

Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto
LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto
Harga Petrol  Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah  Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Berita Auto
Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling

Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling

Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.

14-07-2026
Berita Auto
Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan  Akhir Tahun Nanti

Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti

Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.

13-07-2026
Berita Auto
Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan

Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan

Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.

12-07-2026