Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

"Ride" Terakhir Berakhir Pilu

Suhana Veru

Kongsi melalui

Your-paragraph-text---2026-04-28T110706.466.png

Hanya tinggal kurang satu jam perjalanan untuk menatap wajah isteri, anak-anak, dan ibu tercinta, namun takdir menentukan segalanya apabila kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), menghembuskan nafas terakhir dalam satu kemalangan tragis pada Sabtu lalu,.

Mangsa, Azman Mazni menamatkan rutin pengorbanannya merentas dua negeri setiap minggu iaitu dari Papar, Sabah (tempat kerja)  ke rumahnya di Sibu, Sarawak.

Bagi Azman, jarak 700 kilometer bukan sekadar angka. Bertugas di Depot Imigresen Papar, Sabah, beliau sanggup menggadaikan tenaga dan keselamatan setiap hujung minggu untuk pulang ke Sibu atau Miri, Sarawak.

Perjalanan yang memakan masa lebih 11 jam memerlukan Azman merentasi sempadan antarabangsa (Brunei) dan mengharungi lebuh raya yang mencabar. Semuanya dilakukan demi memastikan tanggungjawabnya sebagai anak yang menjaga ibu di Miri, serta suami dan ayah di Sibu, tidak terabai.

Difahamkan, arwah Azman hampir tiba di rumahnya di Sibu kurang dari satu jam selepas mengharungi 11 jam perjalanan.

Lebih memilukan, kepulangan abadi Azman ini berlaku ketika beliau sedang dalam usaha memohon pertukaran tempat kerja untuk berada lebih dekat dengan keluarga. Walaupun permohonannya dikatakan telah mendapat sokongan di peringkat negeri, namun kelulusan daripada pihak Ibu Pejabat (HQ) masih belum kunjung tiba.


Tag:

jabatan imigresen
kemalangan maut
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kenapa Passport Malaysia, IC Berwajah Baharu?

Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memperkenalkan pasport Malaysia dan MyKad berwajah baharu dalam dalam tempoh enam bulan lagi.

08-01-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya

Geng basikal dinasihatkan berhati-hati mengayuh basikal di jalan besar.

21-08-2026
Berita Auto

Bahana Langgar Lampu Merah, Nyawa 3 Sekeluarga Melayang

Tragedi Maju Junction: Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori Imigresen.

19-08-2026
Berita Auto

Kemalangan Maut Di Sedenak

Aliran trafik di lokasi kejadian lumpuh.

23-06-2026
Berita Auto

Nahas KLK: 4 Maut Angkara Pemandu Treler "Lalok"

Tragedi Berdarah Lebuhraya Karak: Pemandu Treler Ditahan, Positif Dadah

15-06-2026
Berita Auto

Tragedi Jalan Raya: 6 Maut Dalam Nahas Proton X50, Lori Tanah

Tak Sempat Elak: 6 Terkorban Pertembungan Proton X50 & Lori Tanah.

08-06-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026