- Berita
- Berita Auto
- Setiap Saat RM2,300 'Terbakar' Demi Subsidi

Bayangkan setiap kali jam berdetik, RM2,300 duit negara "hangus" begitu sahaja demi mengekalkan harga minyak di pam!
Itulah realiti pahit yang didedahkan Penasihat Ekonomi Pejabat Perdana Menteri, Nurhisham Hussein ketika temu bual khas di rancangan Agenda AWANI.
“Setiap saat kita bakar RM2,300 untuk subsidi bahan api. Itu bersamaan kira-kira RM200 juta sehari. Bebannya amat berat.
“Dari segi harga dan inflasi, kita banyak dilindungi dengan subsidi minyak, khususnya diesel. Tetapi ia bukan sesuatu yang mampan untuk jangka masa lama,” katanya.

"Jika ditanya adakah kita bersedia sepenuhnya? Jawapannya tidak," Ada beberapa sektor dan industri yang memang tidak dapat kita lindungi sepenuhnya,” katanya lagi.
Sehubungan itu, beliau mengakui keutamaan kerajaan kini tertumpu kepada tiga aspek utama iaitu mengawal kenaikan kos, menjamin bekalan asas serta melindungi industri tempatan termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/