Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Aerotrain KLIA Kembali Beroperasi 24 Jam Sehari Hujung Mei Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Berita baik buat pengembara! Episod 'ngeri' berjalan di atas trek atau menunggu bas perantara yang lama di KLIA bakal berakhir tidak lama lagi. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan bahawa Aerotrain ikonik KLIA kini di fasa terakhir ujian teknikal dan bakal beroperasi sepenuhnya 24 jam sehari sebelum bulan Jun tiba.

Setelah melalui proses transformasi besar-besaran melibatkan set tren baharu dan naik taraf infrastruktur, KLIA kini bersedia untuk kembali ke standard hab penerbangan antarabangsa kelas pertama.

Difahamkan, laporan lengkap berhubung ujian berkenaan sedang dikemukakan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk tujuan penilaian dan pengesahan keselamatan sebelum operasi penuh dimulakan.


Dijangkakan selepas pengesahan oleh APAD, menjelang akhir bulan ini Aerotrain akan berfungsi semula untuk 24 jam," kata Loke.

Isu perkhidmatan Aerotrain di KLIA mula menjadi perhatian serius selepas sistem pengangkutan rel itu dilaporkan mengalami kerosakan teknikal yang kerap sejak beberapa tahun kebelakangan ini akibat faktor usia aset yang mencecah 25 tahun.


Kemuncak kerosakan berlaku pada Mac tahun lalu apabila perkhidmatan berkenaan terpaksa digantung sepenuhnya selepas berlaku insiden kerosakan mekanikal yang menyebabkan penumpang terpaksa berjalan kaki di atas trek untuk ke bangunan satelit.


SUMBER BERITA HARIAN


Gallery

Tag:

Aerotrain KLIA
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Penumpang Cuba Buka Pintu Aerotrain Secara Manual, Antara Punca Gangguan

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah memaklumkan bahawa sistem Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah mengalami gangguan sebanyak 19 kali dari 2 Julai hingga 30 September lalu.

15-10-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Suku Pertama 2026: MG Motor Malaysia 'Fly' Tinggi dengan Pertumbuhan 57%

MG Motor Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa, Jualan Suku Pertama 2026 Melonjak 57%.

05-05-2026
Berita Auto

Aerotrain KLIA Kembali Beroperasi 24 Jam Sehari Hujung Mei Ini

Pengguna kini boleh menarik nafas lega kerana Aerotrain bakal beroperasi.

05-05-2026
Berita Auto

Berhenti Jadi Mangsa Statistik: Volvo Ajak Anda 'Belajar Memandu' Semula di SIC

Selamat Driving Experience merupakan sebahagian daripada kempen Selamat yang dilancarkan oleh Volvo Car Malaysia .

05-05-2026
Berita Auto

Satu Hari, 2,088 Nahas: Disiplin Jalan Raya Makin Merosot?

Sebanyak 2,088 kes kemalangan dilaporkan berlaku di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sahaja semalam.

05-05-2026
Berita Auto

Kerajaan Tanggung Subsidi Bahan Api RM5 Bilion Sebulan

Kerajaan mendedahkan jumlah subsidi bulanan melonjak drastik daripada RM700 juta pada Januari lalu kepada RM5 bilion sebulan ketika ini.

05-05-2026
Berita Auto

Nak Tukar EV? Caricarz Automall Tawar TQ Wuling Bingo Harga Mampu Milik

Caricarz Automall menawarkan Tq Wuling Bingo EV terpakai pada harga sangat berbaloi.

05-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

Honda Malaysia Perkukuh Dominasi Hibrid; Model e:HEV Kini Dilindungi Jaminan 10 Tahun

Bukan Untuk Model Baharu Sahaja, Pemilik Honda Jazz & City Hybrid Lama Turut Dapat Lanjutan Waranti!

04-05-2026