Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

Suhana Veru

Kongsi melalui

Your-paragraph-text-(37).jpg

BYD Malaysia bersama pengedar rasminya, Sime Motors secara rasmi melancarkan BYD Mansion Macalister yang terletak di tengah-tengah bandar George Town, Pulau Pinang.

Menariknya, bilik pameran  (flagship) bagi zon utara ini menggunakan sebuah bangunan warisan yang telah dibaik pulih dengan teliti. Ia menggabungkan seni bina budaya tempatan yang ikonik dengan inovasi teknologi EV moden untuk memberikan pengalaman pelanggan bertaraf premium.

Pelancaran eksklusif ini turut dihadiri dan disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, bersama Exco Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa Pulau Pinang, H’ng Mooi Lye.


WhatsApp-Image-2026-05-15-at-15.45.48.jpeg

Rai Pemilik Ke-5,000 & Konvoi 360km Dari Ara Damansara

Majlis pelancaran berkembar ini menjadi lebih bermakna apabila BYD meraikan penyerahan kenderaan kepada pemilik BYD yang ke-5,000 di kawasan utara, membuktikan penerimaan luar biasa pengangkutan elektrik di luar Lembah Klang.

Sempena pembukaan ini juga, satu acara jelajah media (media road trip) telah diadakan, melibatkan pemanduan sejauh 360 kilometer dari BYD Ara Damansara terus ke BYD Mansion Macalister.

Konvoi ini berjaya membuktikan keupayaan jarak jauh, keselesaan, dan prestasi mantap barisan EV BYD dalam mengharungi lebuh raya dan laluan berliku sebelum tiba ke destinasi warisan tersebut.

image.png

Bukan Sekadar Kedai Kereta: Hab EV Serba Lengkap

BYD Mansion Macalister bukan sekadar cawangan jualan biasa, tetapi bertindak sebagai hab ekosistem EV yang menyeluruh untuk pelanggan di utara. Antara fasiliti yang disediakan di bawah satu bumbung termasuk:

  • Ruang Rundingan Eksklusif & Titik Digital Bersepadu untuk keselesaan pelanggan meninjau rangkaian EV penuh BYD.

  • Ruang Pertemuan Peribadi yang mesra dan estetik.

  • Pusat Servis & Hab Pengecasan (Charging Hub) khusus di lokasi untuk kemudahan pemilik.

Naib Presiden BYD Co., Ltd dan Pengurus Besar Bahagian Jualan Auto BYD Asia Pacific,  Liu Xueliang berkata,  komitmen pihaknya  kepada Malaysia mencerminkan wawasan global BYD untuk menjadikan pengangkutan lestari mudah dicapai oleh semua.

"Kami terus menyalurkan inovasi teknologi dan keupayaan penyelidikan kami ke dalam pasaran ini kerana kami yakin terhadap masa depan elektrik Malaysia.

"Pelaburan berterusan kami untuk meningkatkan kemahiran bakat tempatan dalam teknologi EV yang sedia untuk masa depan menunaikan janji jangka panjang kami kepada negara ini. BYD Mansion Macalister benar-benar mencerminkan komitmen ini, yang menggabungkan inovasi bertaraf dunia dengan penghormatan kepada warisan tempatan," katanya.

Jaminan Lepas Jualan: Alat Ganti 95% Sedia Ada!

Sime Motors memastikan bahawa pelaburan mereka tidak hanya tertumpu pada bangunan ikonik, tetapi juga sokongan jangka panjang buat pemilik jentera BYD.

Dengan 40 bilik pameran dan lebih 30 pusat perkhidmatan lepas jualan di seluruh negara, jenama ini menawarkan ketenangan minda yang maksimum. Lebih menarik, BYD jamin kadar ketersediaan alat ganti (spare parts) sebanyak 95% untuk memastikan tempoh menunggu yang lebih singkat dan servis yang lebih pantas.

"Kami membina rangkaian tempatan yang memastikan setiap pemilik BYD menikmati sokongan yang memuaskan sepanjang hayat kenderaan mereka. Pasukan juruteknik kami dilatih dengan kepakaran EV bertauliah global," jelas Jeffrey Gan, Pengarah Urusan, Asia Tenggara, Sime Motors.

Ingin Tahu Lebih Lanjut?

Untuk maklumat lanjut mengenai barisan model EV BYD atau ingin merasai sendiri pengalaman premium di BYD Mansion Macalister, anda boleh layari salurannya di bawah:

Gallery

Tag:

BYD
Sime Motors
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Berita Auto
Masih Jadi Teka-Teki: BYD Teruskan Atau Tangguh Pelaburan Di Tanjung Malim

Masih Jadi Teka-Teki: BYD Teruskan Atau Tangguh Pelaburan Di Tanjung Malim

Belum Ada Kata Putus, MITI Dedah Status Terkini Pelaburan BYD Di Tanjung Malim.

05-08-2026
Berita Auto
Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai

Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai

Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.

07-05-2026
Berita Auto
Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto
Bukan Bilik Pameran Biasa! BYD Tukar Bangunan Warisan Jadi Bilik Pameran Ikonik

Bukan Bilik Pameran Biasa! BYD Tukar Bangunan Warisan Jadi Bilik Pameran Ikonik

BYD Mansion Macalister merupakan bilik pameran premium dan paling moden di Malaysia.

17-03-2026
Berita Auto
BYD ‘Laku Keras’ Sampai Tak Cukup Tangan? BYD Sime Motors Agresif Buka Lebih 40 Bilik Pameran Seluruh Negara!

BYD ‘Laku Keras’ Sampai Tak Cukup Tangan? BYD Sime Motors Agresif Buka Lebih 40 Bilik Pameran Seluruh Negara!

BYD Sime Motors terus mengukuhkan cengkamannya sebagai raja kenderaan elektrik (EV) di Malaysia dengan membuka lebih 40 bilik pameran.

09-03-2026
Berita Auto
Perang Gergasi Automotif: Geely Rampas Takhta BYD Di China, Jualan BYD Jatuh 50%

Perang Gergasi Automotif: Geely Rampas Takhta BYD Di China, Jualan BYD Jatuh 50%

Geely secara rasminya telah memintas gergasi kenderaan tenaga baharu (NEV), BYD, untuk muncul sebagai jenama nombor satu dari segi jualan runcit dan borong.

16-02-2026
EV
BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026