- Berita
- Berita Auto
- Genting Highlands: JPJ Pahang Keluarkan Lebih 100 Saman
Facebook JPJ Negeri Pahang.
Niat hati nak layan corner dan hirup udara segar di puncak Genting, tapi lain pula jadinya buat segelintir pemilik kenderaan mewah semalam. Suasana sejuk di plaza tol masuk Genting Highlands bertukar "hangat" apabila pasukan JPJ sudah sedia menanti dengan "buku saman" seawal jam 5 pagi!
Dalam operasi khas yang berakhir jam 12 tengah hari itu, pihak berkuasa bukan main-main. Sebanyak 215 kenderaan diperiksa, dan hasilnya? 102 kenderaan kantoi melakukan pelbagai kesalahan trafik dan teknikal.
Nasib Malang Si 'Abang Besar' (BMW X5)
Yang paling mencuri tumpuan adalah sebuah BMW X5. Walaupun nampak gah, rupa-rupanya kenderaan utiliti sukan (SUV) ini "terlupa" nak bayar cukai jalan dan insurans sejak November tahun lalu! Akibatnya, kereta itu disita serta-merta mengikut Seksyen 64(1) APJ dan dibawa ke Stesen Penguatkuasaan JPJ Karak.
Mazda Roadster
Bukan itu sahaja, sebuah Mazda Roadster turut ditahan kerana cukai jalannya mati selama dua hari. Nasib baik pemandunya "sporting"—dia diarahkan memperbaharui cukai jalan di lokasi kejadian sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan. Nasib baik tak kena tunda!


Statistik Saman:
Pihak JPJ Pahang yang dibantu oleh 66 anggota penguat kuasa pelbagai agensi nampaknya sangat teliti. Berikut adalah antara kesalahan yang dikesan:
126 Saman P22 dikeluarkan secara keseluruhan.
7 Pemandu: Lupa tampal pelekat P atau L (Mungkin malu nak mengaku masih belajar?).
5 Kes: Nombor pendaftaran "fancy" atau tidak mengikut spesifikasi.
4 Kes: Ekzos bising yang mungkin nak lawan bunyi angin Genting.
4 Kes: Masalah cermin sisi.
1 Kes: Pemandu tak pakai tali pinggang keledar (Kesalahan paling 'basic'!).
rPengajaran buat semua: Tak kira kereta anda berharga ratusan ribu atau jutaan ringgit, undang-undang jalan raya tetap sama. Sebelum nak vroom-vroom ke Genting, pastikan "roadtax" hidup dan kereta dalam keadaan standard.
SUMBER BERITA HARIAN.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
