- Berita
- Berita Auto
- Harga Diesel Turun 30 Sen, RON97 & RON95 Turut Junam Mulai Tengah Malam Ini
Berita Auto
Harga Diesel Turun 30 Sen, RON97 & RON95 Turut Junam Mulai Tengah Malam Ini

Ada berita gembira buat semua pemilik kenderaan di Malaysia! Kementerian Kewangan baru sahaja mengumumkan penurunan harga bagi RON97, RON95 (tanpa subsidi), serta Diesel bermula tengah malam ini sehingga 20 Mei 2026.
Penurunan ini dilihat sebagai satu kelegaan buat pengguna, terutamanya bagi mereka yang merancang perjalanan jauh dalam tempoh seminggu ini.
Harga Baharu (Mulai Esok):
| Jenis Bahan Api | Harga Baharu (seliter) | Perubahan |
| RON 97 | RM4.70 | Turun 20 Sen |
| RON 95 (Tanpa Subsidi) | RM3.87 | Turun 15 Sen |
| Diesel (Semenanjung) | RM4.87 | Turun 30 Sen |
Gallery
Tag:
MOF
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
