- Berita
- EV
- Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

Adakah anda bimbang dengan tahap keselamatan pengecas kenderaan elektrik (EV)?
Selepas ini anda jangan risau memandangkan Kementerian Kerja Raya (KKR) melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, pelancaran garis panduan EVCS itu tepat pada masanya kerana dasar kerajaan ketika ini yang mahu menggalakkan penggunaan EV selain masih berdepan krisis bahan api ekoran perang di Timur Tengah.
Ketika ini tiada lagi stesen pengecasan dibina di jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan bandaran di negara ini yang dilihat menjadi punca kerencatan penggunaan EV.
"Garis panduan yang dilancarkan pada hari ini akan dapat membantu kerajaan, negara dan juga rakyat bagi menggunakan kenderaan elektrik sama ada motosikal, kereta, bas ataupun apa sahaja."Kurangnya stesen pengecasan yang menyebabkan penggunaan EV itu terencat bilangannya, di sini JKR memainkan peranan.
"Saya harap usaha terus dilaksanakan untuk menambah dan mengadakan stesen pengecasan di jalan-jalan persekutuan di bawah pengelolaan JKR. "Ini kali pertama seumpamanya di Malaysia ada buku garis panduan untuk stesen pengecasan EV. Ini contoh produk daripada JKR sendiri untuk faedah negara.
Menurutnya, sebelum ini, tiada sebarang garis panduan.
"Jadi ia bukanlah diwajibkan tetapi pihak di luar sana ingin memasang perlulah di tempat sesuai, ada kaedahnya melalui garis panduan ini," katanya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/