Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kemalangan: Viral Kereta Dirempuh Bertubi-Tubi

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Satu klip video tular di media sosial yang menunjukkan sebuah kereta dirempuh secara bertubi-tubi di Kilometer 28 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) menghala ke Plaza Tol Duta, Kuala Lumpur kelmarin.

Susulan itu, seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai menjadi punca kemalangan melibatkan tiga kenderaan di lokasi terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, pihaknya mengesan rakaman video kejadian itu yang tular di media sosial sebelum siasatan lanjut dijalankan.

Menurutnya, kemalangan itu melibatkan sebuah Proton Inspira, Proton Wira dan Toyota Hilux.

“Siasatan awal mendapati Proton Inspira dipandu lelaki tempatan berusia 26 tahun dipercayai terbabas sebelum berhenti di lorong kanan lebuh raya.

“Sebuah Proton Wira dipandu lelaki warga Indonesia berusia 40 tahun kemudian melanggar kenderaan terbabit sebelum sebuah Toyota Hilux dipandu lelaki tempatan berusia 41 tahun turut merempuh Proton Inspira berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, akibat pelanggaran itu, Proton Inspira dan Toyota Hilux terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar penghadang jalan.

“Kesemua pemandu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya.

Tambah beliau, polis telah menahan pemandu Proton Inspira bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SUMBER: KOSMO

Gallery

Tag:

Jalan Duta
Lebuhraya NKVE
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk

Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.

26-08-2026
Berita Auto

Plus Pasang Papan Tanda Sebagai Makluman Kepada Pemandu Kenderaan Berat

Kenderaan berat tidak dibenarkan berada di NKVE, ELITE dan beberapa lebuh raya lain pada waktu puncak, bermula 19 Februari ini.

10-02-2025
Berita Auto

NKVE Ditutup Secara Berperingkat Bermula 30 Mac Ini

Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) akan ditutup secara berperingkat bermula esok.

29-03-2023
Berita Auto

Lagi Kemalangan Di NKVE, Kali Ini Babitkan 2 Treler

Dua treler yang membawa pelbagai model kereta Perodua terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), semalam.

27-01-2023
Berita Auto

Boleh Atau Tidak Keluarkan Kepala Dari Sunroof? Ini Jawapannya!

Polis sedang mengesan pemandu Proton X70 yang membenarkan seorang kanak-kanak mengeluarkan kepalanya melalui sunroof di lebuh raya NKVE.

25-01-2023
Berita Auto

PLUS cuma ambil masa dua jam selesaikan masalah RFID

Dalam masa dua jam, sistem Teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di beberapa plaza tol yang terjejas semalam telah kembali beroperasi seperti biasa.

16-12-2022
Berita Auto

Penutupan Sementara Laluan NKVE Dari Setia Alam Arah Utara Dari 15-18 Dis

Penutupan sementara lorong kiri dan tengah bagi laluan Setia Alam-KLIA/Johor Baharu di Persimpangan Shah Alam.

14-12-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026