- Berita
- Berita Auto
- Sering Guna Lebuhraya WCE? Ini Aplikasi Wajib Ada Untuk Elak Jem & Kira Kadar Tol
Sering Guna Lebuhraya WCE? Ini Aplikasi Wajib Ada Untuk Elak Jem & Kira Kadar Tol
.png)
Bagi anda yang sering menggunakan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), ada berita baik! WCE baru sahaja melancarkan versi baharu aplikasi mudah alih WCE App yang dipertingkatkan dengan pelbagai ciri digital pintar untuk memastikan perjalanan anda lebih lancar, selamat, dan efisien.
Sehingga kini, aplikasi ini telah mencatat hampir 20,000 muat turun. Versi naik taraf ini bukan sahaja menyediakan maklumat trafik masa nyata, malah bertindak sebagai peneman perjalanan digital yang sangat praktikal.

.png)
7 Ciri Baharu WCE App Yang Wajib Anda Cuba
Untuk versi dipertingkatkan ini, WCE telah menyuntik beberapa fungsi premium yang sangat memudahkan pemandu:
Paparan CCTV Trafik Secara Langsung: Anda kini boleh intip keadaan trafik semasa di sepanjang laluan WCE sebelum memulakan perjalanan. Tak perlu lagi tersangkut dalam kesesakan tanpa bersedia.
Ciri “Traffic Update”: Terima amaran insiden, kemalangan, atau penutupan jalan secara terus (real-time notifications).
“WCE Assistant” Berasaskan AI: Ada soalan tentang lebuhraya? Tanya sahaja pembantu pintar kecerdasan buatan (AI) ini untuk respon yang pantas.
Kalkulator Kadar Tol: Rancang bajet perjalanan anda. Ciri ini membantu mengira kadar tol mengikut plaza masuk, keluar, dan kelas kenderaan anda.
Navigasi Penuh Kemudahan (Termasuk Charger EV): Mencari stesen pengecas kenderaan elektrik (EV), kawasan Rehat & Rawat (R&R), plaza tol, atau telefon kecemasan? Semuanya dipaparkan dengan jelas.
“Route Assistant”: Membantu anda mendapatkan laluan terbaik menggunakan jajaran WCE terus ke destinasi pilihan melalui aplikasi navigasi.
Fungsi Maklum Balas Pintar: Saluran bantuan pelanggan yang lebih responsif jika anda memerlukan bantuan.


Bukan Sekadar Lebuhraya, Siap Boleh "Food Hunting"! Menariknya, versi baharu ini turut dilengkapi fungsi navigasi untuk meneroka lokasi tarikan pelancongan, mercu tanda bersejarah, hotel, dan tempat makan menarik di sepanjang jajaran WCE. Hanya dengan satu klik, aplikasi akan terus memandu anda ke lokasi singgahan tersebut.

Pengarah Urusan WCE, Lyndon Alfred Felix berkata, penambahbaikan aplikasi inimerupakan sebahagian daripada usaha berterusan WCE dalam memanfaatkan teknologi digital bagi meningkatkan pengalaman pengguna lebuh raya.
“Kami mahu memastikan pengguna WCE bukan sahaja menikmati perjalanan yang lebih lancar dan selamat, tetapi juga mempunyai akses kepada maklumat yang tepat dan mudah pada setiap masa,” katanya.
Orang ramai digalakkan untuk memuat turun atau mengemas kini aplikasi WCE melalui Google Play Store dan Apple App Store.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/