Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Toyota Yaris Cross Malaysia: Laku Keras, Raih 2,298 Tempahan Dalam Dua Minggu

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Penangan model B-SUV terbaharu daripada UMW Toyota Motor (UMWT) nampaknya benar-benar mencetuskan fenomena.

Baru sahaja dua minggu dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan, all-new Toyota Yaris Cross telah merekodkan sebanyak 2,298 unit tempahan di seluruh negara.

Angka luar biasa dalam tempoh yang singkat ini mencerminkan permintaan awal yang sangat kukuh terhadap SUV kompak segmen-B ini, sekaligus membuktikan strategi UMWT menawarkan kepelbagaian pilihan nadi pemanduan (Multi-Pathway) sangat digemari rakyat Malaysia.

Harga Dan Varian Toyota Yaris Cross Di Malaysia

image.png

Dipasang secara tempatan (CKD) di kilang pembuatan Bukit Raja, Toyota Yaris Cross ditawarkan dalam dua varian utama pada harga atas jalan tanpa insurans:

  • Toyota Yaris Cross 1.5S (Petrol / ICE): RM99,900

  • Toyota Yaris Cross 1.5S HEV (Hybrid Electric Vehicle): RM109,900

Dua Pilihan Enjin: 

Bagi memenuhi keperluan pemanduan rakyat Malaysia yang dinamik, UMWT menawarkan dua konfigurasi enjin berbeza:

1. Varian 1.5S Petrol (ICE)

  • Enjin: 1.5-liter naturally-aspirated 4-silinder (2NR-VE).

  • Kuasa/Tork: 106 PS dan 138 Nm tork.

  • Transmisi: 7-kelajuan CVT.

2. Varian 1.5S HEV (Hybrid)

  • Enjin: 1.5-liter Atkinson-cycle bersama motor elektrik (Sistem Hybrid Elektrik Toyota).

  • Kuasa Maksimum Gabungan: 111 PS.

  • Kecekapan Bahan Api: Mampu mencapai penjimatan luar biasa sehingga 27.8 km/L! Varian ini juga boleh dipandu menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya (Pure EV mode) pada jarak dekat dan kelajuan rendah.

Praktikal, Luas, Dan Sarat Teknologi Moden

Walaupun mempunyai saiz kompak yang lincah untuk pemanduan kota, Yaris Cross tidak berkompromi dari segi aspek praktikaliti.

  • Ruang But Luas: Menawarkan kapasiti kargo sebanyak 471 liter (465 liter untuk varian HEV), lengkap dengan ruang simpanan bawah lantai sedalam 200mm.

  • Keupayaan Banjir: Mempunyai jarak kelegaan tanah (ground clearance) setinggi 210mm, membolehkannya meredah takungan air sehingga 600mm dengan yakin.

  • Kelengkapan Standard Premium: Rim aloi 18-inci, skrin infotaimen 10.1-inci dengan sokongan Wireless Apple CarPlay & Android Auto, pengecas tanpa wayar (wireless charging), lampu hadapan LED, dan pintu belakang kuasa (power back door) dengan penderia sepakan (kick sensor).

Keselamatan Standard Tinggi: Kedua-dua varian dilengkapi dengan sistem keselamatan pintar Toyota Safety Sense (TSS) penuh termasuk Blind Spot Monitor (BSM) dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA) untuk pemanduan harian yang lebih tenang.

Bagi anda yang ingin melihat atau memandu uji all-new Toyota Yaris Cross, kunjungi bilik pameran Toyota berhampiran anda
hari ini!

Gallery

Tag:

UMW Toyota Motor (UMWTM)
Toyota Yaris Cross
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Toyota Panggil Semula Vios & Veloz –Isu Pemasangan Suspensi, Boleh Tertanggal

UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengeluarkan notis pemanggilan semula khas bagi model yang dibangunkan berdasarkan platform DNGA, Vios dan Veloz.

30-01-2024
Kereta Baru

Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900

Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!

08-05-2026
Kereta Baru

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026
Berita Auto

Toyota Yaris Cross Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Bakal Tiba Di Malaysia

Beberapa tahun selepas kemunculan sulung Toyota Yaris Cross platform DNGA khusus untuk pasaran ASEAN, SUV crossover segmen B ini akhirnya menjalani ujian keselamatan oleh ASEAN NCAP.

04-08-2025
Berita Auto

Toyota Yaris Cross Bakal Dilancarkan Di Malaysia Tahun Ini? Apa Yang Boleh Dijangka?

UMW Toyota Motor (UMWT) dijangka akan memperkenalkan Toyota Yaris Cross tahun ini.

06-08-2024
Global

Toyota Yaris Cross Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

Toyota Yaris Cross terbaru telah rasmi dilancarkan di negara Thailand. Ini spesifikasinya...

07-10-2023
Global

Toyota Yaris Cross 2023 Dilancarkan Di Indonesia, Guna Platform DNGA

Ini penerangan mengenai SUV yang baru dilancarkan di Indonesia, Yaris Cross 2023.

17-05-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026