Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun

Suhana Veru

Kongsi melalui

CIMB-First-Car-Solution-KV.jpg

CIMB Bank Berhad (“CIMB” atau “Bank”) memperkenalkan program “First Car Solution” yang bertujuan untuk membantu pelanggan berumur 18 hingga 30 tahun menguruskan kewangan mereka secara berkesan melalui pilihan pembiayaan dan perlindungan yang disesuaikan.

Untuk itu, pembeli kereta kali pertama akan menikmati pembaharuan cukai jalan percuma selama dua tahun bernilai RM240, sekali gus menjadikan CIMB bank pertama di Malaysia yang menawarkan kemudahan nilai tambah ini.

image.png

Kadar pembiayaan yang kompetitif menjadikan proses pembelian kereta lebih mudah dan mudah diakses.

Rangkuman perlindungan insurans dan Takaful melalui Pembiayaan Bancassurance menawarkan rangkaian keselamatan terhadap keadaan luar jangka seperti kemalangan atau peristiwa dalam kehidupan yang boleh menjejaskan komitmen kewangan, yang ditawarkan pada kos minimum untuk memberikan ketenangan fikiran yang lebih besar.

Manfaat utama termasuk pembayaran penuh harga belian kereta sekiranya berlaku kerugian menyeluruh (total loss), yang tersedia dengan insurans Purchase Price GAP (“PPG”). PPG melindungi perbezaan antara pembayaran insurans motor dengan harga pembelian asal kenderaan tersebut. First Car Solution mencerminkan janji jenama Bank iaitu “Moving You Forward”, yang memberikan pelanggan akses dan peluang supaya mereka dapat maju untuk mencapai matlamat jangka panjang mereka.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Malaysia dan CIMB Bank Berhad,  Gurdip Singh Sidhu berkata, pemilikan kereta di Malaysia memerlukan pertimbangan yang teliti, terutamanya bagi pembeli kali pertama yang berhadapan dengan harga kenderaan yang kompetitif dan dalam masa yang sama mengimbangi kos sara hidup yang meningkat.

"Selain akses kepada pembiayaan, pembeli harus memastikan komitmen bulanan mereka kekal terurus dari semasa ke semasa.

"First Car Solution CIMB mencerminkan pendekatan CIMB terhadap pemberian pinjaman secara bertanggungjawab dengan menyertakan ciri-ciri yang membantu mengurangkan tekanan kos biasa yang berkaitan dengan pemilikan kereta, seperti cukai jalan dan perlindungan insurans," katanya.

Sementara itu, keistimewaan kad kredit menggalakkan tabiat berbelanja secara bertanggungjawab dan memberikan nilai tambah kepada pelanggan termasuk pulangan tunai (cashback) untuk petrol dan perbelanjaan berkaitan kereta sehingga RM1,200 setahun, serta rebat tunai untuk barangan runcit dan makan di luar.

"Tawaran ini membantu meringankan obligasi kewangan yang dikaitkan dengan pemilikan kereta, bagi memastikan pemilik kereta kali pertama dapat memberi tumpuan kepada keperluan mobiliti mereka tanpa bimbang tentang perbelanjaan tambahan, di samping memperkasakan mereka untuk memupuk amalan kewangan yang sihat demi masa depan.

Untuk maklumat lanjut mengenai ayari https://www.cimb.com.my/firstcar.










Gallery

Tag:

CIMB Bank
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Perang Tarif AS-China: Malaysia Jadi Tumpuan Baru Gergasi Automotif China?

Perang Tarif AS-China: Malaysia Jadi Tumpuan Baru Gergasi Automotif China?

Ketegangan antara Amerika Syarikat dan China dijangka akan memberi kesan besar terhadap arah aliran eksport pengeluar automotif China.

18-04-2025
EV
PRO-NET Terima Pembiayaan RM200 Juta Daripada CIMB – Bantu Tingkat Infrastruktur EV

PRO-NET Terima Pembiayaan RM200 Juta Daripada CIMB – Bantu Tingkat Infrastruktur EV

PRO-NET telah menerima pembiayaan RM200 juta daripada CIMB.

05-04-2024
Berita Auto
Ada Berita Baik Buat Peminat Aprilia!

Ada Berita Baik Buat Peminat Aprilia!

Bagi merealisasikan impian para pelanggan untuk memiliki motosikal jenis Aprilia, platform E-Dagang, Dreamshop mengumumkan bahawa pihaknya telah menjalin kerjasama dengan Bank CIMB.

18-10-2022

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026