Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Rupa-rupanya ramai yang keliru mengenai pemasangan sunshade pada kereta menyebabkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke tampil membuat penjelasan berhubung perkara itu.

Ketika ini, keutamaan pihak berkuasa adalah terhadap kes-kes kritikal yang boleh mendatangkan atau menjejaskan keselamatan orang awam khususnya pengguna jalan raya.

Menurunya, walaupun kesalahan seperti pemasangan aksesori pelindung cahaya matahari atau 'sunshade' boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada, namun ia tidak menjadi keutamaan pihak berkuasa setakat ini.

"Ada banyak (kesalahan jalan raya) tetapi lebih banyak perkara kritikal terhadap keselamatan (yang menjadi keutamaan JPJ). Ia bukan tidak penting tetapi perkara-perkara sebegini bukan keutamaan.

"Keutamaan kita adalah seperti lumba haram, pemandu mabuk, memandu secara haram, rempit yang membahayakan orang lain. Kita memang ada peraturan itu (terhadap tindakan memasang 'sunshade') tetapi tidaklah sehingga menakut-nakutkan orang lain. Sekarang juga cuaca panas, jadi faham," katanya kepada pemberita pada taklimat khas media berhubung Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2025, di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai isu larangan penggunaan 'sunshade' kerana boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya disebabkan boleh mengganggu pandangan dan keselamatan sewaktu pemanduan.

Terdahulu, orang ramai menyecam kenyataan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menjelaskan pemasangan itu adalah satu kesalahan sekiranya tidak mengikut spesifikasi JPJ dan boleh disaman sehingga RM300.

Mengulas lanjut, Anthony berkata, JPJ tidak pernah mengeluarkan saman terhadap mana-mana pengguna kenderaan yang memasang 'sunshade' setakat ini.

"Bagaimanapun, sekiranya anda tanya pengarah JPJ negeri, dia mesti akan jawab. Dia tidak boleh jawab peraturan ini tiada kerana ia sememangnya ada. Itulah situasi sebenar isu (sunshade) ini," katanya.


SUMBER BERITA HARIAN

Gallery

Tag:

sunshade
Anthony Loke
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Selamatkan 21 Nyawa: Pemandu Lori Terima Penghargaan Daripada Menteri

Wira Terowong Menora' Terima Penghargaan Menteri, Sanggup Gadai Nyawa Demi Selamatkan Nyawa Pemandu Lain.

23-06-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

KLIA Kini Dilengkapi Green Lane Untuk Penumpang Antarabangsa, Apa Itu Green Lane?

KLIA melancarkan sistem Green Lane untuk penumpang antarabangsa.

26-01-2026
Berita Auto

PRASARANA Rekod 1.63 juta penumpang pada 2025, Antara Paling Tinggi Dalam Sejarah Prasarana

PRASARANA mencatatkan rekod jumlah perjalanan penumpang harian tertinggi dalam sejarah penubuhannya sebanyak 1.63 juta pada 31 Disember 2025.

07-01-2026
Berita Auto

Anthony Loke Cadang Kurangkan Parkir Projek Perumahan Berhampiran Stesen LRT

Anthony Loke cadang pemaju kurangkan petak parkir bagi projek TOD. Langkah ini diharap dapat kurangkan kos rumah dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

08-12-2025
Berita Auto

Ramai Betul Tak Bayar Saman JPJ, JPJ Tawar Diskaun Saman 50% Pun Masih Liat Nak Bayar?

JPJ mendedahkan sebanyak 5.5 juta saman tertunggak atas pelbagai kesalahan lalu lintas di seluruh negara masih belum dijelaskan orang ramai setakat ini.

07-11-2025
Berita Auto

Laluan Kereta Api Pasir Mas-Rantau Panjang Bernilai RM264 Juta Akan Dinaik Taraf, Tahun Depan

Projek naik taraf laluan kereta api Pasir Mas-Rantau Panjang bernilai RM264 Juta akan dilaksanakan selewat-lewatnya tahun depan.

30-10-2025
Berita Auto

Gangguan Bekalan Elektrik, Menteri Minta MAHB Reka Bentuk Semula Bekalan Elektrik Di KLIA 2

Gara-gara gangguan bekalan elektrik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, Menteri Pengangkutan menggesa Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) untuk reka bentuk semula punca kuasa bekalan elektrik di lapangan tersebut.

18-09-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026