- Berita
- Berita Auto
- KLIMS 2026: SAIC Motor Malaysia Bakal Gegar KLIMS 2026: Tampil MG ZS Baharu & 'IM'
KLIMS 2026: SAIC Motor Malaysia Bakal Gegar KLIMS 2026: Tampil MG ZS Baharu & 'IM'

SAIC Motor Malaysia bakal menggegarkan , Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026.yang akan berlangsung dari 12 hingga 21 Jun ini di MITEC, Kuala Lumpur.
Bukan sekadar pameran kereta biasa, MG kali ini membawa fasa baharu mobiliti elektrik dan premium yang pastinya akan membuatkan ramai menoleh dua kali. Ini antara "menu utama":
1. Kemunculan Sulung SUV Kompak MG ZS Baharu
Sama ada anda mahukan pemanduan cekap tenaga atau prestasi responsif, MG ZS serba baharu sedia memenuhi cita rasa anda. Ia bakal diperkenalkan dalam dua varian Hybrid+ dan Enjin Pengecas Turbo (Turbocharged). Reka bentuknya? Lebih kontemporari, sarat teknologi canggih, dan jauh lebih efisien!
2. Sub-Jenama Mewah 'IM' Masuk Malaysia!
Buat pertama kalinya, sub-jenama premium MG iaitu IM (Intelligence in Motion) bakal membuat debut tempatan. Bintang utamanya, IM6 iaitu sebuah SUV pintar elektrik yang akan dipamerkan untuk memberi gambaran jelas tentang masa depan kenderaan mewah SAIC.
3. Sesi Eksklusif Bersama Pakar Reka Bentuk Global
Bagi ulat buku automotif dan peminat seni reka, jangan lepaskan peluang bertemu Jozef Kabaň, Naib Presiden Pusat Reka Bentuk Global SAIC Motor. Beliau akan mengendalikan sesi taklimat khas bagi membongkar falsafah kreatif di sebalik generasi terbaharu kenderaan MG.
4. Himpunan 40+ Kereta Klasik & Moden MG (14 Jun Sahaja!)
Khusus pada 14 Jun, lebih 40 ahli Kelab MG akan berkumpul di KLIMS untuk mempamerkan evolusi jentera merekadaripada model vintaj klasik sehinggalah jentera sport elektrik masa kini, MG Cyberster!
Untuk info lanjut mengenai kemas kini terbaharu mereka, layari laman web rasmi di
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
.jpg)
