- Berita
- Berita Auto
- Lori Jadi Benteng Selamatkan Kereta Lain Daripada Dirempuh Bas Ekspres
Lori Jadi Benteng Selamatkan Kereta Lain Daripada Dirempuh Bas Ekspres

Pengguna jalan raya di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik cemas apabila sebuah bas ekspres didakwa mengalami masalah teknikal sebelum merempuh beberapa kenderaan dalam kejadian berhampiran Terowong Menora, Ipoh semalam.
Insiden luar biasa itu sempat dirakam oleh kamera papan pemuka kenderaan awam sebelum ia tular di media sosial.
Berdasarkan klip video, bas ekspres terbabit dilihat meluncur laju di lorong kanan sebelum menghentam kuat bahagian belakang sebuah lori. I
Impak pelanggaran tersebut memaksa dua buah kereta di hadapannya segera 'mencelah' dan lari ke lorong kecemasan bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa rempuhan seterusnya.
Aksi Wira Pemandu Lori
Apa yang mencuri perhatian adalah tindakan berani pemandu lori berkenaan. Menyedari keadaan semakin tidak terkawal, pemandu lori tersebut sengaja merapati penghadang jalan, seolah-olah mengorbankan kenderaannya sendiri bagi 'mengepit' dan menahan bas ekspres tersebut daripada terus meluncur berbahaya.
Kedua-dua kenderaan berat itu akhirnya berjaya dihentikan di tepi penghadang lebuh raya, sekaligus mengelakkan tragedi yang lebih buruk daripada berlaku.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/