- Berita
- Berita Auto
- Minyak Turun, Ini Senarai Harga Baharu Diesel Dan Petrol Yang Anda Wajib Tahu
Minyak Turun, Ini Senarai Harga Baharu Diesel Dan Petrol Yang Anda Wajib Tahu

Ada berita baik untuk anda! Ini kerana harga runcit diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.07 seliter bermula hari ini hingga 30 Jun.
Sebaliknya, harga petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi, masing-masing turun 25 sen kepada RM4.10 dan RM3.47 seliter.
Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan penurunan harga runcit petrol dan diesel itu selaras dengan pergerakan purata harga pasaran antarabangsa minggu terdahulu berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
Bagi harga petroleum bersubsidi, harga RON95 di bawah program BUDI95 dikekalkan pada RM1.99 seliter bagi lebih 14 juta penerima yang layak, manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter.
Sementara itu, harga di bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dikekalkan pada RM2.05 seliter, manakala Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) tidak berubah, iaitu RM2.15 seliter.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
