- Berita
- Berita Auto
- SAH: LRT3 Laluan Shah Alam Bakal Beroperasi

Penantian lama warga Lembah Klang bakal berakhir memandangkan LRT3 Laluan Shah Alam dilaporkan bakal membuka pintunya kepada orang ramai selewat-lewatnya hujung bulan ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, tarikh rasmi pelancaran perkhidmatan itu akan diumumkan tidak lama lagi selepas semua persiapan akhir diselesaikan.
“LRT3 dijangka dibuka kepada orang ramai pada penghujung bulan ini. Tarikh tepat akan diumumkan dalam masa dua minggu lagi.

“Ujian operasi telah berjalan dengan baik dan sistem sudah bersedia. Kami menjangkakan perkhidmatan ini dapat memulakan operasi sebelum akhir bulan,” katanya.
LRT3 atau turut dikenali sebagai Laluan Shah Alam sepatutnya memulakan operasi tahun lalu.
Namun, pelancarannya ditangguhkan berikutan beberapa isu berkaitan kestabilan sistem dan perisian yang dikenal pasti semasa fasa ujian serta pentauliahan (T&C).
Projek sepanjang 37.8 kilometer itu menghubungkan Bandar Utama di Petaling Jaya dengan Johan Setia di Klang, sekali gus meningkatkan rangkaian pengangkutan awam di koridor barat Lembah Klang.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/