Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Selamatkan 21 Nyawa: Pemandu Lori Terima Penghargaan Daripada Menteri

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyampaikan Sijil Penghargaan Khas serta wang sagu hati berjumlah RM10,000  kepada pemandu lori yang terlibat dalam insiden kemalangan di Terowong Menora pada 15 Jun lalu.

Pemandu lori berkenaan, Wong Tuck Meng, 40, diiktiraf sebagai seorang Wira Jalan Raya atas keberanian dan tindakan pantas beliau menggunakan kenderaan yang dipandunya untuk membantu memberhentikan sebuah bas yang hilang kawalan.

Tindakan tersebut berjaya mengelakkan tragedi yang lebih besar serta menyelamatkan nyawa ramai pengguna jalan raya. Pemandu bas berkenaan, Ahmad Yasin Ab. Malek, 41, turut hadir dalam majlis tersebut.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata penghargaan menerusi dana Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) itu diberikan kepada Tuck Ming,  atas tindakan pantas beliau menyelamatkan nyawa 21 penumpang bas dalam kejadian berhampiran Terowong Menora, Perak, pada 15 Jun lepas.

"Oleh kerana kepantasan seorang pemandu, seorang wira yang mengambil tindakan walaupun mungkin membahayakan dirinya sendiri, tindakan itu telah berjaya mengelakkan satu kemalangan tragis dan menyelamatkan ramai nyawa manusia," katanya pada majlis penghargaan khas di bangunan Parlimen hari ini.

Sebagai tanda penghargaan atas keberanian luar biasa yang ditunjukkan, Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengadakan majlis penyerahan sijil penghargaan dan sumbangan tunai serta sesi liputan media di Dewan Banquet, Parlimen Malaysia, sejurus selepas YB Menteri membentangkan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026 bagi Bacaan Kedua di Dewan Rakyat.

image.png

Pengiktirafan itu mencerminkan komitmen berterusan MOT dalam menghargai individu yang menunjukkan semangat tanggungjawab, keberanian dan keprihatinan terhadap keselamatan pengguna jalan raya.

Ia juga selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai ihsan, kebersamaan dan kesejahteraan rakyat dalam membina ekosistem pengangkutan yang lebih selamat, berdaya tahan dan berperikemanusiaan.

Diharapkan tindakan terpuji ini dapat menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk terus mengutamakan keselamatan jalan raya serta menyemarakkan budaya saling membantu ketika berdepan situasi kecemasan," tulisnya di halaman rasmi Facebook Kementerian Pengangkutan.


Gallery

Tag:

Anthony Loke
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu

Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.

19-06-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

KLIA Kini Dilengkapi Green Lane Untuk Penumpang Antarabangsa, Apa Itu Green Lane?

KLIA melancarkan sistem Green Lane untuk penumpang antarabangsa.

26-01-2026
Berita Auto

PRASARANA Rekod 1.63 juta penumpang pada 2025, Antara Paling Tinggi Dalam Sejarah Prasarana

PRASARANA mencatatkan rekod jumlah perjalanan penumpang harian tertinggi dalam sejarah penubuhannya sebanyak 1.63 juta pada 31 Disember 2025.

07-01-2026
Berita Auto

Anthony Loke Cadang Kurangkan Parkir Projek Perumahan Berhampiran Stesen LRT

Anthony Loke cadang pemaju kurangkan petak parkir bagi projek TOD. Langkah ini diharap dapat kurangkan kos rumah dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

08-12-2025
Berita Auto

Ramai Betul Tak Bayar Saman JPJ, JPJ Tawar Diskaun Saman 50% Pun Masih Liat Nak Bayar?

JPJ mendedahkan sebanyak 5.5 juta saman tertunggak atas pelbagai kesalahan lalu lintas di seluruh negara masih belum dijelaskan orang ramai setakat ini.

07-11-2025
Berita Auto

Laluan Kereta Api Pasir Mas-Rantau Panjang Bernilai RM264 Juta Akan Dinaik Taraf, Tahun Depan

Projek naik taraf laluan kereta api Pasir Mas-Rantau Panjang bernilai RM264 Juta akan dilaksanakan selewat-lewatnya tahun depan.

30-10-2025
Berita Auto

Gangguan Bekalan Elektrik, Menteri Minta MAHB Reka Bentuk Semula Bekalan Elektrik Di KLIA 2

Gara-gara gangguan bekalan elektrik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, Menteri Pengangkutan menggesa Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) untuk reka bentuk semula punca kuasa bekalan elektrik di lapangan tersebut.

18-09-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026