- Berita
- Berita Auto
- 4 Penunggang RXZ Maut

Empat penunggang motosikal Yamaha RX-Z maut dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kemaman di sini pada awal pagi Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, empat maut dan 20 cedera selepas lebih 30 motosikal dan sebuah kereta terbabit dengan kemalangan.
Nahas berlaku selepas sebuah motosikal terlanggar belakang sebuah kereta di lorong kanan lebuh raya dan menyebabkan beberapa lagi penunggang tidak sempat mengelak lalu terlanggar sesama sendiri di atas jalan.
Ketika kejadian semua motosikal dan kereta terbabit dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kemaman, Terengganu.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
